Friday, February 5, 2016

Pengalaman Laparoscopy untuk Cyst Endometriosis

Assalamualaikum semua. Lama sudah saya janji nak cerita pasal pengalaman operate laparascopy ni. Sakit ke tak? Moh saya cerita. Korang nak tahu tak, saya dah kena operate laparascopy ni 2 kali tau. Yang 1st tu pada September 2014, then yang 2nd tu pada November 2015. Sebabnyer saya cerita kat bawah ye.

10/12/2011 - Tarikh Bernikah
30/12/2012 - Hamil Pertama secara neutral/ tanpa ubat
17/02/2013 - Sah keguguran pertama semasa kandungan 7w (hanya kantung)
07/07/2013 - Hamil Ke-2 dengan pengambilan clomid + suntikan hcg
14/11/2013 - Sah keguguran Ke-2 semasa kandungan 18w4d (cukup sifat jantina lelaki)
12/09/2014 - Laparascopy untuk Endometriosis
12/11/2015 - Laparascopy untuk Endometriosis + Fibroids

Nampak tak chronologi di atas? After keguguran, setahun saya tidak disahkan hamil walhal saya sudah cuba ambil ubat kesuburan (clomid) dan suntikan hcg sebanyak 6 cycles periods. Tapi ke enam-enam ni tidak berjaya. Nak dijadikan cerita, doctor yang selalu checkup saya kebetulan ke umrah, jadi doctor lagi 1 yang akan continue checkup saya. Dan surprising, hanya dengan sekali scan (tvs), doctor tu sahkan saya ada endometriosis 4x5cm lebih kurang gitu dekat ovary kiri. Jadi doctor stopkan clomid saya dan bagi ubat kecutkan cyst selama 3bulan. After sebulan saya consume ubat tu, alhamdullah cystnya mengecut sedikit, jadi doctor suruh saya sambung ubat tu. Tapi after 3bulan, cystnya kembali kepada bentuk asal. saya buntu, saya minta pendapat lain dari doctor dan doctor suggest untuk lakukan operation. Saya tak pasti antara doctor tu boleh lakukan pembedahan ke atas saya, jadi saya try cari doctor pakar lain yang mungkin boleh membantu saya.

Saya ke KPJ Klang memandangkan dekat dengan rumah saya. Doctor scan dan confirm memang saya ada endometriosis. Doctor terangkan procedur operation. Nyeri woo kena tebuk 3 kat perut atau dalam nama saintifiknya Laparascopy. Doctor sambil tunjuk video operation yang dia pernah lakukan lagi tu ke kami. Adooii husband dah tutup mata tengok. Anggarkan cost dalam 13k, huh pengsan!

*ni contoh Laparascopy, carian google

Akhirnya saya decide ke KPJ Klang untuk lakukan operation. Saya hanya bawa guarantee letter (GL) dari klinik panel tempat kerja saya so tak perlu la nak bayar apa-apa. Tapi malang sikit nasib saya, sebab doctor tu sebenarnya pakar di KPJ Damansara, so nak taknak saya kena operate kat situ jela, jauh daripada rumah + jem lagi. Sabar je laaaaa.. Ok after 3 minggu, hari yang dinanti-nantikan pun tiba.

11/9/2014 - Petang dalam pukul 3pm saya check in hospital KPJ Damansara. Nurse ambik darah dan terus ke ward. Kena start puasa dari pukul 12 tengah malam. Doctor bius datang say Hi dan explain sikit operation yang bakal saya hadapi esok.. debar-debar time ni. hehe.

12/9/2014 - Pagi-pagi buta pukul 6 pagi saya dah bangun pergi mandi. Mandi bersih-bersih ok. Sebab saya pasti lepas operation mesti susah nak turun katil dan kemungkinan nak mandi tu memang takla. Eeeeuuuwwww busuk la terperam kat katil dengan muka sembab sememeh.. So kena touch up siap-siap ok kawan-kawan. Tetiba nurse datang bagi pisau cukur dan ubat keluarkan sisa dalam bontot. Ok kena sula sikit la ye, katanya after 5 minit akan terasa ke tandas, tapi saya tak sampai 5minit pun, 2minit gitu dah membuang, lega. Alang-alang lepas membuang, sambung mencukur pulak, so cukur bersih-bersih bahagian miss V tau, dari start bawah pusat tu. Sebab doctor akan tebuk kat pusat.

Dalam pukul 8 macam tu, pelayan hospital bawa makanan sarapan, pelik betul, kan ke saya on fasting, tapi dibaginya makanan. So sapa lagi yang tukang makankan kalau bukan husband saya. Tetiba ada nurse ramai-ramai sportcheck kami. Mesti dorang ingat saya buka puasa, tapi memasing terdiam tengok husband yang dok melahap, saya pulak tercongokla menahan lapar dan haus. Hahaha.

Lepas tu nurse terus tolak saya ke bilik pembedahan. Operation saya dijangka pada pukul 9pagi. Masa dalam tu, doctor bius sekali lagi datang dan explain yang dia akan bius kat tangan kiri saya. Auucchhh banyak kali juga dia cari urat tak jumpa, sampai meleleh-leleh darah, tension je dia. Almaklum la, tangan halus sangat walaupun badan gabak. Opsss. After bius dah masuk, nurse terus tekup saya dengan gas oksigen kat mulut. Time ni mata tetiba jadi berpinar-pinar. Terhuyung-hanyang pandangan. Sesaat dua saat, saya terus terlelap.. Tau-tau nurse kejutkan saya dengan panggil nama saya, time ni memang ngantuk habis la, buka mata pun sikit je. Sedar tapi tak boleh nak response banyak sebab otak rasa berat, then 2saat tertidur balik.. Masa nurse tolak ke ward, saya terdengar suara mak panggil nama saya, tapi saya memang tak bangun cuma dalam hati terdetik "mak dah datang, naik apa agaknya". Tetiba-tiba saya cakap saya nak termuntah, cepat-cepat nurse bagi bekas, tapi tak muntah pun.. tekak saja manja-manja je.. hehe. Saya sambung tidur, kesian mak sorang-sorang kesejukan sebab aircond kuat sangat. Abah dengan husband pulak pergi solat jumaat. Jadi saya kat dalam bilik operation tu dalam 3jam juga. Dari pukul 9pagi - 11pagi. Perut masa tu tak rasa sakit pun. Biasa-biasa je.

Pukul 2 macam tu, baru saya dah terbuka biji mata, dah tak ngantuk lagi dah. Time ni abah dengan husband dah selesai solat jumaat, borak-borak dengan family.. Risau saya sebab abah bukannya tau jalan ke Damansara, rupanya abah datang naik teksi. Mahal kata abah, RM60.Sebelum mak dengan abah balik, dorang kucup dahi saya, yaAllah, time tu rasa sayu sangat.. Kenapa la saya menyusahkan dorang, dan berdoa moga-moga cepatla saya diberi peluang untuk bagi cucu kat dorang. Petang sikit mak mertua dengan adik ipar pulak datang melawat, tetiba doctor yang operate saya tu buat ward visit, dia tanya "ok ka?" pastu cakap esok dah boleh discharge. tu je, sabar je laaaa.. After mak mertua balik, saya try bangun sendiri dari katil, senak sangat perut masa angkat badan tu, tapi perlahan-lahan dapat juga berdiri. Dengan saluran airnya kat tangan, adoi tak selesa langsung. Terbatas pergerakan. Patutla orang tak suka masuk hospital.

13/9/2014 - Saya dah boleh discharge, yahooooo.. Doctor bagi MC selama 2 minggu. Pastu ubat-ubat untuk tahan sakit. Doctor kata tak perlu berpantang, just kawal makan je. Saya pun dah excited la nak balik. Bangun slow-slow dengan bantuan husband pergi mandi. Tunggu punya tunggu, claim lambat diluluskan. Pukul 3 petang macam tu baru keluar. Tunggu dari pukul 10pagi kot. Dan charge yang dikenakan?? RM15500 wehhhhhhh... bukan aritu kata 13k je ke? Nasib baik company yang bayar. Alhamdulillah. Esoknya saya dah boleh jalan laju sikit dah, hehe, takde la rasa sakit sangat perut, cuma lebam masih ada la.. After seminggu, jumpe balik doctor untuk buka jahitan. Comey je la parut kat perut nu. Parut yang kat pusat tak nampak langsung. Parut belah kanan ceconet je.. Parut yang belah kiri panjang sikit dalam 2cm, burukkkkkkkk! :( Doctor confirmkan yang saya cuma ada Endometriosis belah ovary kiri dengan size 4x5cm. Lain-lain masalah macam tube tersumbat ke apa ke, memang takde. :)

After 2 bulan operation, saya continue my TTC journey, saya ambik clomid selama 2 cycles. Tapi tetap tak berjaya hamil. Sedihnya.. Pastu adik ipar pulak nak kawen, bakal bini dia tinggi macam saya, tapi kurus ramping. Yang saya ni ha BMI 33 kot.. Malu giler, dengan takde anaknya. terus saya focus mendietkan diri. Stop sekejap TTC.. hahaha.. dan alhamdulillah saya berjaya turun 20kg dalam 5bulan okey. nak baca detail? terjah sini "Diet First Time Berkesan Turun 20kg"

After turun 20kg dalam 5bulan, saya sambung balik TTC saya, time ni saya decide untuk pergi hospital kerajaan pulak sebab duitnya dah makin merosot. Macam mane saya boleh tahu yang saya ada fibroids pulak? dengan macam mana tetiba saya boleh laparascopy dengan Dr Hamid Arshat? Jeng-jeng-jeng, nanti saya cerita, boleh baca dekat sini "Pengalaman Lapascopy Fibroids dengan Dr Hamid Arshat" Terima kasih sebab tak boring dan jemu baca cerita saya ni.. :)


11 comments:

  1. Sampai 2x operate.. Tabahnye awak. Sabar ye.. InsyaAllah ada ganjaran untuk orang yang sabar. Saya nak komen banyak pun saya tak berapa tahu

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh eh, anon a comment la.. hehehe.. tu la, apa boleh buat, tu je usaha yang saya mampu. takpe takde nasihat pun takpe. hehehe.. iye betul tu, InsyaAllah ada ganjaran untuk orang yang sabar

      Delete
    2. Assalamualaikum..tiba2 teringat kt awk..tu yg dtg melawat..hihi
      Subahanallah hebatnya ujian awk..tp alhamdullilah awk sorg yg sgt kuat:-) n bill operations nyer..nages nk membayar...x sbr nk bc next entri..

      Delete
  2. salam..nk tnya..saya pon mcm puan
    .puan dah buat ke second laps dgn dr hamid?

    ReplyDelete
  3. salam sis, smoga awak tabah sis..sy pun blm ada baby lg..msuk 4thn kawin..semlm check ketumbuhan semua xda n check telur dktor ckp telur cantik jer..w/pun bkn hari subur, dktr dpt check telur ke sis?konpius pulak sy��

    ReplyDelete
  4. MACAM2 UJIAN AWAK..

    http://legasikekja.blogspot.my/2017/08/ovarian-cyst-belenggu-ibu-hamil.html

    ReplyDelete
  5. sampai 2x awak operate...aduhhh..semoga awak tabah hadapi Ujian Allah

    ReplyDelete
  6. Bila bc post akk.. sayu lak hati saya.. akk sangat cekal hadapainya.. bila bc entry ni.. so saya x rasa keseorangan.. yg masih TTC.. yg x pernah putus asa untuk ada zuriat sendiri.

    ReplyDelete
  7. Takutnya.. 23Nov ni appointment utk buat Laparoacopy.. Cyst 4.8cm

    ReplyDelete
  8. salam sis, nak tanya.. kenapa kena buat laparscopy lg sekali dgn dr hamid arshad ye? yg buat kat kpj ni dia tak habis keluarkan fibroid tu atau dtg blk fibroid yg baru?

    ReplyDelete