Monday, April 14, 2014

14.4.14

Salam semua.. baikla, seperti yang aku janjikan, aku akan update blog minggu ni kan? so aku tunaikan la janji aku ni.. hehe. Nampak tak tajuk aku untuk post kali ni? "14.4.14" ye, hari ni la tu 14 April 2014. Masa mula-mula doctor tunjuk tarikh ni, katanya tarikh ni sangat cantik. Aku pun, wow ikut teruja. Ha ce teka ce teka tarikh apa? Senang je ni. Tarikh my due date la. Arini kau! Ya Allah, rasa pejam celik pejam celik, tarikh keramat ni muncul jugak! Rasa macam percaya tak percaya je.. hehehe. Masih teringat lagi masa 1st time jumpe doctor untuk tentukan tarikh due date ni. Owh masa, agak pantas juga engkau berlalu.


Haaaaaaaa dah 40 weeks dah engkau!


Nak tau apa preparation aku? Ha ambik ko semangat aku list down semua barang2 yang patut aku beli dan yang boleh beli kemudian je. Tapi aku dengan husband decide nak beli masa baby dah nak masuk 7 bulan. Giler lambat kan, kot terberanak awal, naya je tak prepare apa-apa. So pada permulaan, aku just beli baju mengandung je. Perut dah mara ke depan kot, semua t-shirt dah tak comey dah. Aku beli 3 helai, tapi 1 je yang aku sempat pakai. fuh!

Pakaian baby memang 1 pun aku tak beli lagi, kecuali aku ada dapat hadiah perkahwinan set baju baby. Walah comey giler. Dah 2 tahun pun tak buka-buka tu, harum lagi daripada kilang. hehehe.

Yang paling aku ingat, masa aku pregnant 14 minggu, masa tu usia perkahwinan aku beberapa bulan lagi nak masuk 2 tahun, of course la aku dah tak sabar sangat-sangat kan.. Ye la, bosan kot bila laki aku kerje hujung minggu. Dok terpacak la aku sensorang kat rumah tak tau nak buat apa. Nak ngemas, memang malas buntut la. So aku pun dok cakap2 la "baby cepat la keluar, mama dah tak sabar nih!" sambil usap2 perut. 

Dan antara percaya atau tidak percaya, Allah tunaikan permintaan aku. Ye Allah tunaikan permintaan aku dengan mempercepatkan kelahiran baby aku iaitu pada seawal 18 minggu. Dia ada degupan jantung yang normal setengah jam sebelum dia lahir ke muka bumi ini. Dan dia berhenti berdegup semasa ketuban pecah dan keluar dari rahim aku. Perasaan aku? Sangat happy, betul sangat happy sebabnya dia keluar dengan cukup sifat tanpa cacat cela. Sekali tengok dah nampak bebird dia. Aku ok, aku relax, aku tak meraung, even aku tak mengalirkan air mata walau setitik pun. Sampai nurse yang incharge cakap "ni la 1st time dia jumpe pesakit yang steady"

Then aku terus call mak aku, cakap yang aku "keguguran lagi" Mak aku terus terperanjat cakap "gugur lagi??" owh terasa ada nada yang sangat2 kecewa daripada mak aku. Time ni aku dah start sebak, tapi aku still tak mampu mengalirkan air mata.

Hari ni, suhu aku bangun pagi tadi tetiba jadi 37.8, aku macam percaya tak percaya, aku repeat bacaan, dan ternyata ianya betul, seolah-olah demam. Badan lemau, longlai, tapi terpaksa juga aku gagahkan diri ke tempat kerja. 

Tarikh 14.11.2013, tarikh 2nd kandungan aku telah pergi meninggalkan aku dan suami buat selama-lamanya. Alhamdulillah Nur Muhammad selamat dikebumikan bersebelahan dengan kubur arwah bapa mertua aku @ atok Nur Muhammad. Dan tarikh arini 14.4.14 hanya tinggal impian yang tidak mungkin tercapai untuk aku dan suami.

Sorry guys aku dah tak boleh proceed :'(



9 comments:

  1. Tahniah atas ketabahan anda, stay strong :)

    ReplyDelete
  2. semoga Allah membalas ketabahan hang dgn perkara yg lebih membahagiakan hang nnt...

    ReplyDelete
  3. InshaAllah..doa yang terbaik buat Za untuk 2014 ni..

    ReplyDelete
  4. betul la.. cantek tarikh

    ReplyDelete
  5. You are so strong. Such positivity. You'll be a great mother, I can tell.

    ReplyDelete
  6. Lama dah tak terjah sini. Busy la now. hehe. Tetiba je aku teringat yang ko due bulan 4 kan. apa boleh buat. belum rezeki. so tak buat treatment dengan doctor lagi ke? mana la tau sangkut balik ke kan

    ReplyDelete
  7. Harap tabah... pasti ada yang lebih baik nanti.... last year sy pn kehilangan baby juga pada usia kandungan 23 minggu.... and dengar die nangis... sweet moment but sempat bernafas 4 hari je kat dunia ni... apa pun sama berdoa agar sama sama ade berita baik nanti...

    ReplyDelete
  8. Salam sis.sesungguhnya sis amat tabah.bukan semua org blh diduga sebegini. Moga Allah kurniakan sis anak2 yg soleh dan solehah peneman di dunia dan akhirat.aamin

    ReplyDelete