Thursday, September 25, 2014

Bleeding atau Pendarahan Ketika Mengandung

Assalamualaikum semua. Setahun sudah berlalu setelah saya disahkan hamil untuk kali ke2. Dan dalam masa setahun ni, tak de sekali pun saya disahkan hamil walaupun sudah jalani rawatan kesuburan sebanyak 2 cycles period.

Tapi entry kali ni, saya mahu kongsi pengalaman macam mane saya keguguran, mana la tahu ada yang mengalami perkara yang sama. Sebelum saya kongsi, meh saya cerita dahulu chronology saya ber"ttc" (trying to conceive/ percubaan untuk hamil).

10/12/2011 - Tarikh Bernikah
30/12/2012 - Hamil Pertama secara neutral/ tanpa ubat
17/02/2013 - Sah keguguran pertama semasa kandungan 7w (hanya kantung)
07/07/2013 - Hamil Ke-2 dengan pengambilan clomid + suntikan hcg
14/11/2013 - Sah keguguran Ke-2 semasa kandungan 18w4d (cukup sifat jantina lelaki)

Pada 18/7/2013, masa tu period cycle day saya yang ke12, masa ni waktu paling subur untuk saya kalau nak conceive, saya buat scan melalui vagina, dan alhamdulillah terdapat telur matang kanan 22mm dan telur matang kiri 21mm. Jadi doctor bagi suntikan hcg dengan max doses. Suntikan ini untuk merangsang telur yang matang tadi pecah lalu menghasilkan Ovum (benih wanita). Doctor suruh balik rumah dan start bersama suami 24jam selepas suntikan. OPK pun dah +ve,  apa lagi, memang pulun la.. Disebabkan saya buat BBT, jadi saya boleh track bila Ovulasi terjadi, dan alhamdulillah, Ovulasi terjadi tepat pada masanya iaitu masa hari ke 14. BBT seperti di bawah..


Masa hari ke 23, saya saja-saja suka-suka test UPT, -ve pulak, tapi macam +ve jugak, dok belek-belek sampai juling bijik mata antara +ve atau tak.. hehehe, mesti ada juga yang berpengalaman cenggini kan? Then masa hari ke 26, saya menggatal test lagi UPT, dan erkkk +ve la pulak dengan line T samar sedikit banding line C. Saya time ni dah excited, tapi bila saya baca ada yang cakap suntikan hcg boleh bagi false +ve, saya terus "alamak" mood spoil~~ Bila repeat test masa hari ke29, iaitu hari yang dijangka saya period balik, dan alhamdulillah +VE dengan kedua-duanya TERANG! Terima Kasih Allah :)

Disebabkan saya pernah keguguran masa 7w, saya decide untuk tidak bagi tahu keputusan tu kat family, cuma husband dengan kawan-kawan forum je yang tahu.. special kan dorang? ;-p Saya pun tak berani scan awal-awal, so saya decide scan masa kandungan dah 8w3d.

04/09/2013 - 8w3d, Alhamdulillah dah nampak Heartbeat :') terharu..

Masa mula-mula doctor scan melalui vagina untuk cari janin, memang agak lama, tapi langsung tak nampak. Memasing senyap cuak berdebar-debar. Then doctor decide untuk scan perut, dan alhamdulillah, sekali letak je terus nampak janinnya. fuhh lega, masing-masing dah tersenyum gembira. Doctor ukur ukuran janin, comey sangat, then doctor zoom kat jantung, Ya Allah, bergerak-gerak, bayangkan, jantung yang sangat kecil tapi berdegup dengan kadar yang sangat la cepat, 178bpm.. laju dan sangat laju. Perasaan pertama kali melihat janin sendiri dengan degupan jantung yang sihat, memang pengalaman yang takkan dilupakan..

23/10/2013 - 15w1d, Baby dah cukup sifat..

Kami scan sekali lagi untuk tengok progress baby. 1st teropong, bayangkan babynya tengah tertonggeng-tonggeng, nakal sangatla nakal. Happy nya kami apabila melihat baby kami membesar separti yang diharapkan.. After scan,  kami decide cuci-cuci mata / windows shopping tengok barang baby kat Jusco sampai Jusco dah nak tutup.. Kami keluar agak lewat, jadi mesin escalator parking dah pun ditutup, nak tak nak kena la menapak turun tangga. Tak tau kenapa tetiba perut jadi senak sikit.

Keesokkan harinya, saya bangun pagi pukul 4.30pagi, macam biasala, saya jenis pergi kerja awal, tetiba rasa macam period, cepat-cepat lari pergi tandas, Ya Allah saya BLEEDING!! Saya kalut sangat, tak tau nak buat macam mane. Saya cuba buat normal, selepas bersihkan darah yang bersisa, saya cuba untuk focus buat benda lain - seterika baju, tengah seterika, terasa lagi ada darah yang tengah mengalir. Ya Allah terus otak blank, takut sangat pengalaman lama berulang. Terus kejutkan husband, cakap bleeding then nak buat macam mane? Husband suruh call doctor yang incharge saya, dan sms bos cakap akan MC. Saya try call nurse hospital memandangkan saya tak de direct nombor doctor. Tapi nurse kata pagi tu klinik tutup, doctor tak ada. Ya Allah saya dah start nak menangis. Worst case saya akan terus ke hospital kerajaan, nasib baik hospital kerajaan/swasta dekat sangat dengan rumah. Husband tenangkan saya, suruh saya rehat, tengok bleeding macam mane. Saya terus ke tandas dan bleeding dah stop, jadi saya sambung tidur  sampai pukul 6.30 saya terjaga, saya try call hospital tadi sebab risau sangat-sangat, dan alhamdulillah nurse tu cakap kebetulan doctor ada untuk check pesakit yang baru melahirkan. Nurse tanya keadaan bleeding sama ada dah stop atau terus mengalir, disebabkan dah stop, nurse suruh datang pada 8pagi. Husband pun terpaksa inform rakan sekerja yang dia terpaksa masuk lambat sebab nak hantar saya ke hospital. Terkantoi dengan semua kawan-kawan husband yang saya dah pun pregnant sebenarnya. Baru ingat nak sorok sampai perut dah boyot sangat sampai tak boleh nak sorok.

Doctor check rahim guna Spekulum (muncung itik) untuk lihat ada bukaan jalan rahim atau tak, senak juga la rasanya, tapi tak la sakit sangat-sangat. Dan alhamdulillah rahim tertutup rapat. Keadaan baby, heartbeat semuanya ok, uri pun ok bukan placenta previa (uri rendah), kencing kotor tiada, memang tak ada sebarang masalah. Doctor bagi MC selama seminggu dan ubat duphaston (ubat kuatkan rahim)


Selama seminggu saya MC, saya hanya terperuk kat rumah. Bleeding terjadi hanya pada hari pertama, hari seterusnya hanyalah spotting (tompokan). Try tanya kawan-kawan forum dan google punca-punca pendarahan, cara mengatasi dan bermacam lagi. Ada yang suggest untuk dapatkan suntikan kuatkan rahim. Jadi dengan rasa semangat, saya kembali ke klinik pakar untuk minta suntikan kuatkan rahim, malangnya doctor cakap ubat duphaston adalah lebih kuat berbanding suntikan. Mungkin lain doctor lain kaedah rawatannya. 

Seminggu sudah berlalu, spotting pun macam dah bersih, jadi saya pun bersedia untuk start kerja balik. Tapi baru je 2 hari bekerja, spotting saya mula datang balik, saya memang risau sangat2, saya pergi klinik panel, dan surprising katanya saya punya uri rendah means memang saya mengalami "placenta previa". Doctor bagi MC 4 hari sehingga hujung minggu untuk saya rest dirumah. Keesokkan harinya, risau dengan keadaan spotting yang tak berhenti, saya cuba minta 2nd opinion daripada hospital pakar sakit puan yang lain. Tapi keputusannya sama, memang saya mengalami uri rendah, progress baby semua ok, dan saya tanya pasal suntikan kuatkan rahim, doctor tu cakap tiada, hanya dupaston. Padahal kawan husband cakap, doctor situ la yang bagi suntikan masa isteri dia bleeding waktu mengandung. Hampa kecewa. Kawan-kawan forum nasihatkan supaya banyakkan bersujud ataupun baring dengan keadaan kaki lagi tinggi dari badan. Saya cuba kaedah tu, tapi yang saya nampak, spotting/tompokan makin banyak dengan perut bertambah senak.

4 hari kemudian masa hujung minggu, saya masih tidak puas hati, saya terus ke hospital pakar kerajaan pulak. Doctor buat ujian Pap Smear, ujian darah dan ujian air kencing. Tapi malangnya, keputusan hanya akan diberi selepas 2 minggu. Saya tak faham kenapa mesti 2 minggu? kenapa terlalu lama.. Saya balik dengan perasaan hampa tanpa sebarang ubat dan MC.. Saya tertanya-tanya, kenapa Hospital Kerajaan macam ni? Mungkin salah saya sebab tak pergi Hospital Kerajaan terlebih awal walapun saya sudah dapatkan pandangan daripada 2 pakar hospital swasta berbeza. 

Selepas 3 minggu spotting tanpa henti, tiba-tiba malam tu saya rasa sakit perut sangat-sangat. Sampai saya terbangun dari tidur. Tak mampu tidur dengan lena, sampai saya tidur duduk atas sofa. Pagi esoknya, saya terus ke hospital swasta dan checkup kenapa tiba-tiba sakit perut sampai terduduk. Doctor tanya macam sakit Contraction ke? Saya pun tak tahu sebab saya tak pernah rasa Contraction. Dan rasanya tak sama dengan sakit senggugut, tapi tegang mengeras. Doctor check keadaan baby memang normal dan doctor detect saya ada Kencing Kotor. Doctor bagi saya MC 3 hari untuk rehat lagi dan ubat antibiotik untuk kencing kotor. 

Esoknya tiba waktunya saya buat pregnancy checkup dengan klinik kerajaan, masa ni HB saya turun dari 13 ke 11, tapi nasib baik masih atas border line. Berat susut 1 kg, nurse tanya apa masalah sampai berat boleh susut, saya cakap dah 3minggu spotting, reaksi nurse memang sangat terkejut dan cepat2 nurse minta jumpe doctor. Bila dapat jumpa dengan doctor, doctor tanya balik sama ada saya ada buat checkup dengan hospital? saya cakap ada. tapi keputusan belum dapat, keputusan after 2 minggu. Tak ade apa yang doctor tu boleh bantu, hanya suruh saya tunggu je keputusan dari hospital. Reaksi saya? Memang dah agak dah. Doctor bagi ubat Iron Tablet untuk tingkatkan HB dan asid folic, tanpa Dupaston mahupun MC.

14/11/2013 - Kandungan usia 18w4d

Selepas 3 hari MC dari hospital swasta, saya masuk ofice, perasaan memang bercampur baur, risau, resah, sampai kakak satu ofice nampak perbezaan diri saya yang memang bermasalah. Kakak tu cakap "Za kenapa? Za pregnant ye.. tapi bermasalah, ada bleeding ke?" Memang tepat jangkaan dia sebab kandungan dia pun macam tu semasa hamil tapi alhamdulillah kandungannya berjaya diselamatkan walapun lahir pada 34w. Mood kerja memang kelaut, sepanjang saya on off kerja, ada kerja yang masih tertangguh sampai naik pening 1 kepala dibuatnya. Rasa nak telan je minyak cap kapak 1 botol tu. Petang saya drive balik ke rumah, tiba-tiba perut jadi sangat-sangat tegang keras. Makin kerap, hampir setengah jam sekali sakit tu datang. Kat rumah, setiap 2 minit saya mesti nak ke tandas, bila sakit perut tu datang, memang akan rasa nak terkucil sampai melecet dibuatnya. Maghrib tu saya terus call husband pesan bila dia balik kerja terus hantar saya ke hospital sebab sakit kali ni lain macam dah. 

Pukul 8.30 malam tepat kami sampai kat hospital kerajaan, nasib baik hospital 10 minit je dari rumah. Tapi nasib saya kurang baik, doctor yang incharge malam tu tengah kat labour room sebab ada yang tengah bersalin. Masa tunggu doctor dalam bilik tu, memang betul-betul mentally touchier. Sakit perut + kerap ke tandas sebab nak terkencing. Duduk tak senang, berdiri tak senang, baring tak senang, memang serba serbi tak tenang la senang cita. Memang saya tak meraung sebab menahan sakit, tapi air mata mengalir deras sebab teramat la sakit. Yang tak boleh blah, pesakit-pesakit lain yang dah due date, steady je berborak-borak sesama dorang, saya ni macam separuh mati menahan sakit. Nurse pun dah risau setiap setengah jam call nurse tanya doctor dah settle ke belum.

After tunggu dari pukul 8.30 malam hingga 10 malam, baru la doctor turun dan lihat keadaan saya.. Apa yang doctor bagi tahu memang dah dijangka, yang saya bakal keguguran sebab dah ada bukaan, dan yang paling teruk, sedikit uri dah keluar dari bukaan tu. Tapi keadaan baby masih ok bersama normal heartbeat. Doctor suruh warded saya dan akan pantau keadaan saya, kalau boleh ikat bukaan tu, doctor akan ikat. Doctor suruh doctor practical untuk bagi ubat tahan sakit. Tapi biasala procedur hospital, sebelum warded, macam-macam soalan saya kena jawap, saya request untuk bagi ubat tahan sakit dulu, sebab saya tak tahan sangat dah. Tapi doctor practikal tu cakap "Ya betul saya nak bagi awak warded cepat-cepat, kat sana nanti akan diberi ubat, tapi kena lengkapkan detail dulu". Dalam hati saya, ya Allah, punye la saya tunggu sejam setengah kat sini, tak de la pulak nak tanya detail ke apa.. tak boleh ke bagi ubat dulu baru warded + tanya detail?

After bagi detail information, saya terus ke tandas untuk kencing lagi, tapi kali ni, sakit perut saya dah tahap maximum, dalam otak saya, "aku ni sebenarnya sakit sebab tahan nak berak ke?" so saya pun, tak pe la teran kasi keluar habis tahi-tahi ni dulu la.. buat senak perut je.. Tapi lain yang jadinya, sekali saya teran, terus saya pecah ketuban, air bersih memancut keluar, saya panic sangat, lepas tu saya terasa ada benda dah kat hujung bukaan, saya terbangun dan jerit minta tolong kat nurse, after jerit, terus janin saya keluar elok bulat janinnya mengeras. saya terus terduduk atas mangkuk tandas dengan keadaan janin tergantung. Saya tak berani nak pegang janin tu. sangat sempurna, saya lega sebab janin saya sihat tanpa cacat cela, time ni, dah tak de setitis air mata pun keluar sebab apa yang saya jangka, memang telah terjadi. Saya pernah cerita pasal ni dekat post sebelum ni. Boleh baca sini "14.4.14" Janin saya seberat 187 gram je masa tu. Tak bergerak, hanya mengeras, tak terbuka mata dan tak terbuka mulutnya.

ni adalah contoh kandungan seperti saya. carian Google. bukan janin saya ye.

14/11/2013 - Nur Muhammad pergi meninggalkan kami..

Jadi setelah 3 minggu lebih saya bleeding serta spotting dan 4 hari saya sakit perut / contraction iaitu pada kandunga usia 18w4d, akhirnya kandungan saya tidak mampu diselamatkan. Tak de sorang pun doctor yang bagi penjelasan kenapa saya boleh keguguran, dan saya pun tak rasa nak tanya sebab kalau saya tanya, takut terbalik pulak hospital tu dibuatnya. hehehe. Tapi melalui report ringkasannya hanya "inevitable miscarriage" ataupun "keguguran yang tidak dapat dielakkan". Doctor terkejut tak sangka yang saya akan keguguran seawal tu, doctor korek sisa-sisa uri dan tersangat la sakit okey, sangat-sangat sakit!! Then doctor kesian, doctor stop korek uri yang melekat/ tertinggal tapi decide proceed dengan D&C ataupun cuci rahim. Berpuasa 1 hari 1 malam, pastu kena suntikan epidural (bius tulang belakang) sampai 7 kali suntikan sebab tak kena-kena tulangnya, sabar je la, menggigil den dibuatnya sebab kekejangan, baru la process D&C selesai. dia punya sejuk memang tak tahan, menggigil-gigil, bergoncang badan sampai rasa macam Parkinson after keluar dari bilik operation tu. Dapat la MC 1 minggu, erkk 1 minggu je? hehehe.

Epidural. Carian Google.

Selepas 6 bulan keguguran, saya ada jumpe doctor pakar cina untuk tanya pendapat kenapa boleh keguguran, katanya kalau ada bleeding + sakit perut lama, tu bukan rahim tak kuat, tapi kemungkinan kerana infection. Infection daripada apa? Tak dapat dipastikan.. Jadi saya terfikir, adakah kerana endometriosis yang doctor pernah suspect ke atas saya sebelum ni? Ye doctor sakit puan yang saya selalu pergi tu pernah suspect saya mempunyai endometriosis sebelum saya berjaya hamil lagi. Saya ada post pasal ni, boleh refer sini "TTC: TVS untuk Telur Matang"

Dan keputusannya? Ya memang saya Positive Endometriosis, saya akan kongsi pasal  "Pengalaman Laparoscopy untuk Cyst Endometriosis", so tunggu ye next post saya. hehehe

Jadi adakah pendarahan ketika mengandung adalah normal? Jawapannya, tidak! Tidak normal sekiranya ada pendarahan ketika mengandung, sekiranya terdapat sebarang pendarahan, sila lah berjumpa doctor pakar dengan kadar yang segera. Sekiranya masih tidak dapat diselesaikan, cuba la untuk mendapatkan rawatan atau pandangan daripada doctor pakar yang lain.

Dan adakah setiap yang mengalami pendarahan ketika mengandung akan mengalami atau berakhir dengan keguguran? Jawapannya juga tidak. Tak semua pesakit yang mengalami pendarahan akan berakhir dengan keguguran, masih ada yang berjaya diselamatkan, bahkan bayinya selamat dilahirkan dengan sihat walafiat. Jadi bersedialah, dapatkan nasihat doctor, dapatkan information atau tambah pengetahuan anda berkaitan masalah itu dengan pembacaan (buku, internet, forum). Berusaha dan bertawakal lah. Tapi sekiranya tidak dapat diselamatkan, Redha la dengan "Qada' dan Qadar", sesungguhnya Allah itu adalah sebaik-baik perancanganNya.

81 comments:

  1. DeeDee PisceSza ....

    Pergh... lama tak update blog..... Apa khabar skrang??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai bang C++.. hehe.. kabar ada baik.. baru je lepas habis MC 2 minggu sebab operation laparoscopy.. Mood kerja ke laut.. Bang C++ pe cer?

      Delete
    2. DeeDee PiSCesZa ...

      Gua cam biasa... tibai dan kutuk sana sini.... Hahaha...

      Delete
    3. Amboi.. ni kiranya keyboard warrior dulu kini dan selamanya ke apa.. hehehe..

      Delete
  2. Salam sis..baper kos sis wat rwtn kesuburan yer?tq sis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam sis. rawatan kesuburan ikut tempat, pandai pilih tempat, dapat la murah.
      Clomid (pil matangkan telur) - RM20
      Checking sperma - dekat Pathlab - RM40
      TVS (Scan rahim melalui vagina) - RM80
      Suntikan hCG (suntikan pecahkan telur matang) - RM80
      XRAY HSG (check tiub fallopian) - dekat KPJ Tawakal KL - RM180
      Check darah untuk check hormon - free sebab company cover
      IUI - anggaran RM500
      IVF (bayi tabung uji) - Beribu tapi tak pasti berapa

      Delete
  3. za...hg kuat la za..bertakung gak ayaq mata aku baca ni...aku ingt lg hg tny aku hg rsa contraction tu normal ka dak..hmmm...lps tu tak lama lps tu hg bgtau aku..hg dh gugur...sedih..tp takpa za...aku yakin hg akan jd mak satu hari nnt....semoga hg tabah..teruskan usaha hg..bykkan berdoa...kwn2 pon..jom la doakan kwn kita ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai suraya.. lama dah tak dengar kabar.. tu la kan.. masih ingat lagi masa aku tanya ko tu.. huhu.. ye la, ko antara salah sorang rakan blogger yang tau perjalanan hidup aku berTTC ni. hehehe. terharu pulak aku dengar ko doakan aku.. moga2 la doa korang dimakbulkan..
      aminnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn ;)

      Delete
  4. sis, cerita kita hampir sama. mcm2 dugaan liku liku akhirnya keguguran 18w6d pd ogos lepas...bersalin normal.tp x sempat tgk wajah anak anak syurga...moga kita dpt peganti cepat2... insyaAllah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke sis? Ya Allah kita sama diuji.. Kenapa tak sempat tengok wajah anak syurga tu ye? insyaAllah dia akan doakan dan tunggu kita di sana nanti.. Amin :)

      Delete
  5. Ya Allah, dugaan &ujian untuk awak.. Awak kuat hadapi. Allah hanya akan bagi ujian untuk hambanya yang mampu.
    Saya doakan insyaAllah, akan sampai rezeki awak satu hari nanti. Yang penting jangan putus asa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah terima kasih.. terharu dengar doa awak tu.. moga2 la ada rezeki saya.. alhamdulillah saya masih belum berputus asa.. :)

      Delete
  6. Salam..ap khbr puan za..dh lama x melawat blog ni..
    Sedih bc kisah anda..Semoga tabah menghadapi ujian ini..n sy pn bru2 ni mengalami pendarahan.doc bg ubt duphaston utk kuatkan rahim...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah alhamdulillah dah pregnant.. berapa bulan dah? rehat banyak2 ye.. insyaAllah kalau dah rezeki, pendarahan tu akan stop juga.

      Delete
    2. bru 15minggu..hihi..alhamdullilah pendarahan pn dh stop...
      terima kasih atas nasihat awk :)
      sy doakan awk pn akn dikurniakan rezeki satu hari nti...insyallah :)



      Delete
    3. alhamdulillah dah stop.. macam mane ye awak stop kan bleeding tu? makan ubat ke atau injection? boleh tau jumpa doctor mane.. hehe.. mane la tau, next rezeki, leh ikhtiar dengan doctor tu kan..

      Delete
    4. tu la alhamdullilah..mkn ubt duphaston tp x smpi abes pn..hihi
      sb sakit kpla pas mkn..
      doc gov..tp rsanya dia check biasa2 je..huhu
      mungkin blh amalkan minum air kelapa ori sblm pregnant..
      utk kuatkan rahim..ni tips dr bidan yg sy pnh g mengurut dlu..hihi
      tp msa mula2 pregnant dlu sy minum gk sb x tau..
      kalo ikutkan org ckp awl2 pregnant x elok minum air klapa..
      boleh gugur..huhu
      pjg plk komen sy ni..hihi

      Delete
    5. n lupa plk lg stu mak mertua pesan kalo bleeding tu..bnykn baring..
      msa nk g hospital dlu pn mak mertua pesan bersiap
      sambil baring je..seb beik la sy suka pki skirt labuh n tudung xpress so sng sarung je..keke

      Delete
    6. ArmGurlz apa cite kandungan awak? dah nak due date ke tu..

      Delete
    7. sori lmbt reply sb jrg bk blog sb tnet cm siput..huhu..n kandungan alhamdullilah dh 8bulan skrg ni..due bln 7..14 julai..za mcm mna plk?

      Delete
    8. wahhh alhamdulillah.. dah bersalin dah awak sepatutnya kan.. tahniah2 dah jadi ibu. saya masih TTC awak.. doakan saya ye :)

      Delete
    9. alhamdullilah dh dh dear, 25 jun lps..bby gurlz skrg dh 3bln lebih..insyallah sy doakn utk awk ;)..j

      Delete
    10. wahhhhhhh yeke? bestttttttnyerrrrrrrrr.. tahniah awak!! insyaAllah soon rezeki saya pulak.. aminnnn.

      Delete
  7. Akak.fb akak ape..byk yg sy nk tny

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry lewat reply, saya jarang buka blog dah sekarang.. boleh add FB saya : PiscesZa Disini

      Delete
  8. Sedih cite ni... sy pon mmg nak sgt2 utk hamil... tp baru 4bulan berumahtangga.. blom ade tanda2 sy nak hamil.. tgk usaha sis, wat kan sy lg kuat semangat nak memiliki kandungan sendiri.. tq sis utk cerita ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak try la BBT. best tau, boleh detect bila waktu Ovulasi kita.. nak tau lanjut pasal BBT, boleh baca dekat sini:
      TTC: BBT: Catatan Suhu Harian

      Delete
  9. Thanks atas perkongsian cerita...semoga pisces za tabah hadapi dugaan ye

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum . Kakak . Sy baru lepas keguguran beberapa hari lepas . Doc sahkan yg jantung bayi sy berhenti berdegup semasa dalam kandungan . Doc tak buat D & C tapi die masukkan ubat gesa Mcm org bersalin . Soalan sy nak tnya kat akak . Nak kena berpantang ke mcm org yg cuci menggunakan rawatan D & C ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila dah keguguran, still kena berpantang dik. untuk sembuhkan balik luka dalaman. takziah ye. moga kandungan awak lepas ni akan selamat hingga melahirkan.

      Delete
  11. Salam Za.. sy baru keguguran utk kali ke 6 pd 16 Mei 2015.. Hanya Tuhan yg tau perasaan nya.. :"(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Innalillah.. takziah awak.. :'( sampai 6x dah keguguran. Ya Allah tak tertanggung rasa. Kenapa ye boleh kerap keguguran? awak pun penghidap endometriosis juga ke? berapa tahun dah berkahwin.

      Delete
  12. Sis cerita kita hampir sama... sy gugur 1st sbb bleeding jgk.. 2nd pregnant pon high Risk jgk bleeding n masa kandungan 17w rahim dh buka n pakar pkj suggest tuk ikat rahim elak baby jatuh.. still bleeding walaupon ikat.. 8bln lebih baru buka ikat tuk bg baby kuar.. alhamdulillah selamat lahirkan baby boy.. smpai skrg tuk 2nd baby lom smpi rezeki

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke, masa bleeding tu, ada tak awak rasa sakit perut macam baby mengeras tu atau tanda2 contraction? alhamdulillah baby selamat kan.. saya ni risau sangat, kalau mengandung lagi, baby nak keluar lagi..

      Delete
  13. Salam za, sedihnya baca kisah za..saya doakan za akan memperoleh baby dalam masa yang terdekat ni ye...Allah swt tak akan uji hambanya yang tidak mampu.. baca coretan za ni pun dah tahu za seorang yang sangat tabah...

    Doakan saya pun dikurniakan zuriat juga ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah, kau makbulkan la doa sahabatku ini.. Aminnnn..

      Awak dah kawen berapa tahun? ada jumpe pakar tak?

      Delete
  14. UPT tester murah(rm1.00) dan OPK tester murah(rm1.20/pc), boleh pm atau layari blog saya kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/
    (cara penggunaan pun diberi sekali), produk sy ini menguji adakah anda hamil-(upt) dan mengetahui masa subur anda dalam usaha mendapat zuriat(opk) secara amnya,
    SMS/WASSUP 0148004302

    ReplyDelete
  15. Salam sis.. Saya nak tanya.. Masa mula2 sis prgnt n keguguran tu (hanya kantung) ada bleeding ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry lewat.. masa mula keguguran tu, hari yang dijangka saya period, saya ada spotting setompok, sehari tu je.. then spotting dah tak de. sampai la usia kandungan dalam 6w2d macam gitu, dah start spotting dalam 4hari, terus keguguran masa usia kandungan 7w.

      Awak pun spotting/bleeding ke dear? boleh tahu cerita terkini awak?

      Delete
    2. hai sis..takziah semoga tabah dgn ujian.
      sy skrg bru msuk 6weeks pastu de spotting ckit. b4 ni hri ptotnye period pn spotting gk. 3 weeks b4 thu sy pregy pn de spotting gk awal .ingtkn period awal. bwt upt test hmpir +ve tp samar2 lg. pastu weeks 5 scan dh nmpk kntung bby tp bby mcm mnempel bwah sgt. ni 6 weeks ttibe spotting risau jgk.ubt dupaston pn dh hbes stok. risaunye huhu ingt nk scan bby mggu ke 8@9.

      Delete
  16. Tersentuh saya membaca..
    Saya pernah keguguran di antara anak pertama dengan kedua..
    Sedih juga masa tue tapi sebab ada pertama so tak terlalu ketara kan.
    Masa saya cuci rahim takda pula epidural tue.
    Mungkin lain hospital apply sama kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke sis. takziah ye.. masa awak dnc tu, awak dibius penuh ke? kalau bius penuh, memang tak de buat epidural ni.. epidural ni dia bius just untuk dari perut ke bawah je ke kaki

      Delete
    2. Seingat saya, saya diberikan ubat untuk tidur.
      Bukan dibius pun.
      Macam pelik jugak.
      Yang pasti bukan epidural la..

      Delete
    3. owhhh yeke.. saya pun sebenarnya tak pasti ubat apa.. tapi kalau ikutkan ubat bius untuk tahan sakit, tak sure la ubat tu boleh bagi ngantuk ke tak.. atau mungkin juga doctor bagi ubat tidur je kot kat awak.. macam saya memang doctor bagi ubat bius sebab doctor tu sendiri yang cakap dia akan bagi bius sepenuhnya, dan saya akan rasa mengantuk. gitu la

      Delete
    4. rasenye tu gneral anestetic bius stu bdan ikot drip.

      Delete
  17. Salam sis. Firstly saya sgt kagum dgn sis. sbb selalu berfikiran positive diatas ujian ;). Bila sy dgr citer sis buat sy semakin smgt . Saya dah setahun lebih kahwin. Tapi sepanjg perkahwinan sy tidak pernah miss period =(. Period datang tiap2 bulan dengan cemerlangnya .Saya dah buat rawatan dgn KLINIK Dr Hamid Arshat .Semua sya dah check. Saya dan suami tiada masalah .Hari ini sy kecewa sgt sbb dtg lagi period =((((...sy pla nak makan pil clomid tp, sy xberapa taw pasal ubat ni dan mcm mana sy nak dptkan . ada blog yg saya baca pil clomid ni blh menyebabkan kesan buruk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam. jangan sedih2 sangat ye.. insyaAllah ada rezeki kita.. saya pun takde la kuat mane. kekadang kecundang juga. dr hamid arshat takde bagi clomid kat awak ke? sebab ubat clomid ni diambil atas pemantauan doctor. tak boleh ambik sebarangan. kawan saya pernah dapatkan ubat clomid dengan dr hamid, alhadulillah 2x percubaan dia berjaya pregnant. memang ubat clomid ni ada kesan buruk kalau ambik banyak kali. maximum pun kalau tak silap hanya 6cycles je boleh ambik, lepas tu kena rehat dari ambik ubat ni selama 6bulan.. lebih kurang macam tu la yang kawan2 saya bagi tau. takpe awak, dr hamid tu pakar, minta cadangan dia macam mane. insyaAllah ada jalan :)

      Delete
  18. sedih sgt sy bc coretan sis ni n sis sgt2 tabah dgn ujian Allah, moga ada hikmah disebalik ujian ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah selagi saya mampu bertabah, saya akan kuat. thanks ye awak :)

      Delete
  19. Saya pun pernah mengalami bleeding ketika mengandung anak pertama..sangat memahami perasaan puan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke awak, so macam mane kandungan awak? boleh cerita sikit kat sini.. sebab lain orang lain pengalamannya kan.

      Delete
  20. saya baca coretan puan hati saya sedih.. teringat cerita saya bulan 9 yg lepas.. keguguran 5 bulan.. jantina lelaki, tidak pasti mengapa gugur. Pada saya itulah kententuan Allah, anak syurga.. saya tidak melihat janin saya kerana hati akan meruntun sedih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. takziah awak. betul tu, tu semua ketentuan Allah. sapa la kita yang menidakkannya. bila fikir dari sudut +ve, alhamdulillah kita dah ada sorg peneman di sana. walaupun kita tanpa anak didunia, tetapi kita sudah ada sorg diakhirat nanti.. takpe la awak tak tengok kalau tu yang buat awak jadi kuat. saya pun tak pegang banyak janin saya sebab takut dan terkejut.

      Delete
  21. Sebak baca kisah sis..almost sama mcm kisah sy masa mgandung 1st dulu..sy kguguran nak masuk trimester kedua..begegar2 tahan contraction dlm ambulance..dlm ambulance lak ramai mommy2 yg bru beranak naik sekali nk p ward..kami ward tmpt lain so kne naik ambulance..sdih tgk org ada baby tp kita tgh sakit..pagi td sy buat upt test n alhamdulillah +ve..cuma sy risau sebab ada spotting kat panties..risau kalau berulang lg..dah la baru check pg td..tup2 mlm ni dah spotting plak..tp sy cuba redha..kalau ada rezeki ada la..sy baru shaja pulih dari demam sejak 3 hari lepas..sy ambil semua jenis ubat tanpa pgawasan doct masa dmam tu..xsangka pulak sy mgandung..esok sy cuba g klinik la./hope semua ok..sy doakan sis pon cepat2 jd mummy..­čśŐ

    ReplyDelete
    Replies
    1. takziah awak atas keguguran tu.. dan tahniah juga sebab dah pregnant balik. so macam mana kandungan awak sekarang? wahhhh teruja pulak saya dengar. hehehe

      Delete
  22. Salam sis.. Saya faham sgt mcm mana rasa keguguran dgn baby dah cukup sihat. Sedih ya Allah. Saya pun baru lepas keguguran twins bulan december 2015 aritu. Masa 18weeks. Dua2 cukup sihat. Baby boys. Doctor pun ckp sebab infections. Saya xde bleeding pun sepanjang pregnancy. Huhu. Ni semua ketentuan Allah. Kunfayakun. Kita patut bersyukur sebab Allah pilih kita bukan org lain. Saya doakan kita sama2 dikurniakan zuriat lagi lepas ni. *hugs*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam, yaAllah sis. siap twin tu. kalau saya, mau meroyan terus. dah la nak dapat payah, dah dapat boleh pulak keguguran kan. yang takde bleeding pun boleh infections kan, tu yang saya risau sangat. betul lah, ni semua ketentuannya. Kunfayakun, moga2 ada rezeki kita, Aminnnn. *hugs*

      Delete
  23. Salam za. Akak gugel pasal suntijan hsg n tvs terjumpa yr post. Sedih sgt dan takziah. Akak baru jer amik suntikan hsg pg td slps buat tvs ada telor. Doakan akak di kurniakan rezeki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam kak. ni 1st time ke ambik suntikan tu? insyaAllah kalau ada rezeki tak ke mana, sebab ada juga member yang 1st time ambik suntikan hsg, terus lekat. now baby dia dah nak masuk 2tahun dah pun.. insyaAllah za doakan semua kawan2 yang sedang ttc semoga dikurniakan rezeki. aminnn

      Delete
  24. Ada tips lain utk hamil selepas suntik hsg?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tips eh, setahu saya la, antara tips perlu bersama sekurang-kurangnya selang sehari selepas ambik suntikan tu. sebab suntikan hsg dijangka akan memecahkan telur selepas 36jam. tapi saya punya cadangan, kalau hari ni ambik suntikan tu, esok subuhnya bangun tidur terus bersama, dan bersama 3 subuh berturut-turut.
      tips ke 2 kena ambik makanan yang boleh boost hormon progesteron secara semulajadi, contoh makanan ungu, terung, kubis unggu, keladi unggu, dan seumpama dengannya..

      Delete
  25. Salam kak, sedih sy baca blog akak. Sy sedang mengandung anak kedua. Usia kandungan 4/5 minggu. Harini sy spotting merah. Jumpa doc dia bg suntikan kuat rahim dan duphaston utk mkn. Masa ni sy x rasa sakit apa2. Bila blk rumah lepas maghrib tu sy mula rasa sakit senggugut sampai skarang sakitnya on off. Spotting masih ada. Sakit tp husband suruh rehat je. Sy risau nk sgt2 pegi hospital sbb sakit dia mcm senggugut sgt2. Dah lebih 6 jam sy tahan sakit. Husband tidur dah. Dia suruh tahan sampai esok pagi baru pegi hospital. Bahaya ke agak2? Hurmmn

    ReplyDelete
    Replies
    1. cmne keadaan awak skrg? sy pn sllu rase cramp mcm nk period dri awal thu smpi weeks 6 tp eloknye g klinik.
      cme sy gtaw doc asyik cramp je dy ckp tu nrmal tp msti risau kn tkot pape trjdi kt bby. lain doc lain nsihatnye huhuu.hrp kndungn slmat la.

      Delete
    2. cmne keadaan awak skrg? sy pn sllu rase cramp mcm nk period dri awal thu smpi weeks 6 tp eloknye g klinik.
      cme sy gtaw doc asyik cramp je dy ckp tu nrmal tp msti risau kn tkot pape trjdi kt bby. lain doc lain nsihatnye huhuu.hrp kndungn slmat la.

      Delete
  26. Assalam puan...tq sharing, saya pun pernah mengalaminya ..saya nak tanya klinik pakar yang puan pergi tu...maaflah saya tak smpt baca previous entries ..tqvm

    ReplyDelete
  27. hai... saya pulak da lewat priod 32 day..haha tpi cm tader tanda pregnn..loya tu ada kdng2 je ta kerap.. seminggu seblm ni ada bli upt.. -ve hampeh.. skrg ni ta sure nk check up takut mghrap terlalu tinggi.. bcause da lama sgt nk ada bby..

    ReplyDelete
  28. hai... saya pulak da lewat priod 32 day..haha tpi cm tader tanda pregnn..loya tu ada kdng2 je ta kerap.. seminggu seblm ni ada bli upt.. -ve hampeh.. skrg ni ta sure nk check up takut mghrap terlalu tinggi.. bcause da lama sgt nk ada bby..

    ReplyDelete
  29. Assalam..sy nk share skg sy pregnant 7 weeks..mase 5 weeks & 6 weeks ada spotting tp sy xrisau sgt sbb smua org kata biasa. Tp skg bila dah keluar darah merah sy terus ke hosp kerajaan, memandangkan rumah pn dekat. Doktor check guna kamera ada kantung baby kecik, katanye kecik sangat & tanye betulkah tarikh period saya tu. Doktor check tengahhari & bagi appoinment 3 minggu lagi untuk check kandungan saya samada berkembang atau tidak. Saya balik ke rumah macam biasa & terkejut ada byk lg bleeding waktu nk solat Asar. Malam tu saya pergi lagi ke hospital & nurse tanye ada darah ketulan ke, saya kata tidak tp darah merah. Nurse minta saya jgn byk fikir & berehat, sekiranya darah tu berketul2 & byk barulah ke hospital lg. Hr ini pd hr sy post komen ni adalah hr ke-3 sy alami bleeding. Mase tido mlm td alhamdulillah takde bleeding, tp sy alami sakit perut mcm senggugut tu. Mohon doakan keselamatan saya & baby, sy sgt2 risau sbb ini adalah pengalaman pertama sy. Ketiga2 anak sy sblm ni adalah normal, mgkin ini adalah ujian utk sy.

    ReplyDelete
  30. Assalam..sy nk share skg sy pregnant 7 weeks..mase 5 weeks & 6 weeks ada spotting tp sy xrisau sgt sbb smua org kata biasa. Tp skg bila dah keluar darah merah sy terus ke hosp kerajaan, memandangkan rumah pn dekat. Doktor check guna kamera ada kantung baby kecik, katanye kecik sangat & tanye betulkah tarikh period saya tu. Doktor check tengahhari & bagi appoinment 3 minggu lagi untuk check kandungan saya samada berkembang atau tidak. Saya balik ke rumah macam biasa & terkejut ada byk lg bleeding waktu nk solat Asar. Malam tu saya pergi lagi ke hospital & nurse tanye ada darah ketulan ke, saya kata tidak tp darah merah. Nurse minta saya jgn byk fikir & berehat, sekiranya darah tu berketul2 & byk barulah ke hospital lg. Hr ini pd hr sy post komen ni adalah hr ke-3 sy alami bleeding. Mase tido mlm td alhamdulillah takde bleeding, tp sy alami sakit perut mcm senggugut tu. Mohon doakan keselamatan saya & baby, sy sgt2 risau sbb ini adalah pengalaman pertama sy. Ketiga2 anak sy sblm ni adalah normal, mgkin ini adalah ujian utk sy.

    ReplyDelete
  31. assalam sis.. sya pm tgh pregnant skrg.. dlm 4/5w. tp skrg tgh bleeding.. dh p klinik, hospital.. diorg ckp itu normal.. n xdpt ape2 ubt pm. thun lpas pm sy pnah gugur.. fobia msih ade lg.. hrp sgt kndungn yg ni selamat.. aminn

    ReplyDelete
  32. assalam sis.. sya pm tgh pregnant skrg.. dlm 4/5w. tp skrg tgh bleeding.. dh p klinik, hospital.. diorg ckp itu normal.. n xdpt ape2 ubt pm. thun lpas pm sy pnah gugur.. fobia msih ade lg.. hrp sgt kndungn yg ni selamat.. aminn

    ReplyDelete
  33. sy bldng jugak. 7w2d. tp doc ckp kantung kosng. xada dgr jntg. tp xada bg pape ubt kuat rhm. bg af je. ok ke?risau juga

    ReplyDelete
  34. sy bldng jugak. 7w2d. tp doc ckp kantung kosng. xada dgr jntg. tp xada bg pape ubt kuat rhm. bg af je. ok ke?risau juga

    ReplyDelete
  35. assalam sis, sy sekarang preg 7-8w, tgh bleeding dh 3hari...tapi sikit2.. esk baru nk g klinik checkup..b4 this april 2016 dh keguguran 7w. sekarang tgh risau

    ReplyDelete
  36. Assalamualaikum sis.. sj nk share dgn sis. Ini adalah kandungan pertama Sy. Sy dh bnikah setahun lebih. Sy prgnant spatutnya dh 12w hr ni. Tp ms 9w scan, janin sy 6w. Doktor mntak tggu sebulan utk tgk smada janin lmbt membesar atau tidak membesar.
    8.1.2017, ada tompokan coklat gelap keluar. Sy ke klinik, doktor kata mgkin itu darah lama keluar.
    10.1.2017, keluar fresh blood. Sy terus ke klinik yg sy dok follow up tu, dia bg ubat kuat Rahim. Darah kurang keluar. Cuma bila sy buang air kecil, keluar serpihan2 darah ketul kecil2.
    14.1.2017, ms sy buang air kecil, keluar mcm darah beku tu, mcm perut ikan, besar ibu Jari. Ms tu mlm. Sy tggu esoknya (ahad lepas) utk ke klinik. Smpai di klinik, doktor scan, dia kata, nmpk kantung ja. But still 6w. Pd hal ms tu dh 11w. Dia xleh confirmkan yg sy gugur. Dia terus buat Surat supaya sy refer dgn hspital.
    Sy ke hospitàl kerajaan diorang bw sy jumpa pakat o&g. Doktor scan atas perut dan dari bawah. Ms tu darah sy turun punya la byk.
    Ms doktor scan, doktor kata masih 6w. Dia kata dia xdpt sahkan sy gugur jugak. Pening sy dgr. Dia kata dalam keadaan sy yg keluar darah byk ni, spatutnya akan effect pada Uri sy. Tp Uri sy nmpk elok.
    Habis tu, yg ketul2, yg byk darah keluar tu apahal? Sy dh confused. Doktor bg mc 3 hr kt sy n mintak sy ke hspital semula 2.1.2017 ni.
    Smpai hr ni darah dok keluar. Ketul2 darah pn dok keluar. Doktor ada cakap ms kt hospital, kalau darah ketul tu, xda apa. Kecuali keluar mcm daging warna putih tu, terus ke hospitàl. Sy dh x tau nk buat apa. Tunggu je la lg 2 mggu kn. Sekarang sy redha dan berserah pd Allah.

    ReplyDelete
  37. Assalam hi sis....
    Semoga sis tabah..sedih sy baca kisah sis...sy pun dah 2 kali keguguran sekarang dalam usaha lagi....
    Saya doakan tahun baru ni sis diberikan rezeki cahaya mata..mana tahu Allah nak bagi sis twin....aamiin ya rabbal alamin.....❤

    ReplyDelete
  38. Assalam hi sis....
    Semoga sis tabah..sedih sy baca kisah sis...sy pun dah 2 kali keguguran sekarang dalam usaha lagi....
    Saya doakan tahun baru ni sis diberikan rezeki cahaya mata..mana tahu Allah nak bagi sis twin....aamiin ya rabbal alamin.....❤

    ReplyDelete
  39. Aslm.sy skrg 9weeks ,bleeding jugak .dah ke klinik doktor bagi dupaston dan suruh balik sebab hearbeat baby semua mcm biasa .tapi sy risau ..doktor tetapkan 4 may check up .bila bleeding kita susah hati kan..

    ReplyDelete