Wednesday, January 9, 2013

JJCP: 4H3M BALI


Salam Semua. Amaran! Anda memerlukan SEHARI untuk membaca entry aku kali ini. Sudah bersedia? Muahaha. Oklah, setelah sekian lama gue pulang daripada berjalan-jalan cari pasal di negara orang, akhirnya aku dapat mood itu, mood untuk berkongsi dengan korang-korang tentang pengalaman aku semasa aku dok khusyuk cari pasal kat sana. Sebenarnya ini adalah family trip, my mother in law yang sponsor. So kitorang pun apa lagi? Layan je lah! Benda freekan. Tak de istilah honeymoon ye, nak buat anak pun tak sempat, penat giler seharian berjalan okey~~

Ok just briefly intro, kitorang pergi ada 7orang semuanya, sorang budak kecik umur 2tahun. Kitorang gi sana naik MAS, memandangkan MAS lagi murah daripada AirAsia time ni. Then dah book Villa yang ada private pool (4bilik) sesiap dan dah tempah pak supirnya sesiap. Jangan tanya Villa mane, cari sendiri la eh. :p Memula kitorang booking Pak Isme, tapi sebabkan Pak Isme dah ada bookingannya, so Pak Isme bagi kepada temannya iaitu Pak Ade. Jangan risau, Pak Ade ni muslim dan sangatlah ramah :) Nilai mata wang Rupiah time ni Rp.10,000 = RM3.19. Semua gambar di bawah aku ambik daripada sumber di website. Tak de satu pun daripada kamera aku sendiri. Harap maklum.

Ha ok memula booking Suzuki APV tapi bila sampai sana tukar jadi naik Daihatsu Xenia. Ah tak kisah la, asalkan sama size dan sama harga. Ha ce tengok picture kat bawah ni, muat kan untuk 7orang + 1orang supir? Muatkan?? Aah muat la sangat kalau ko tu kecik-kecik molek macam Nora Danish, kalau gabak-gabak, kaki panjang-panjang semua, tak ke kematu punggung and kejang kaki, nak-nak yang dok belakang sekali. Aku rasa macam nak demam je sepanjang dalam kereta ni. Patut ambik kereta yang mampu tampung 10orang tu. Tapi bila dapat turun daripada kereta, tu lah satu kepuasan dan kelegaan yang aku rasakan. betul tak tipu!




Hari Pertama:
Dari KL sepatutnya 3.20pm, tapi berlepas pukul 4pm, sampai Bali pukul 6.30pm, tapi biasalah queue sana-sini, check and scan sana sini, siap kena buka tali pinggang dan kasut lagi time scanning, kat Malaysia tak payah pun buka tali pinggang dan kasut ni. Just scan cap ibu jari kanan je. Akhirnya pukul 7.30pm baru jumpe Pak Ade. Ingatkan pickup bawak satu kereta, rupanya 2kereta, kalau ku tahu, ku bawak lagi satu beg besar tapi kosong. Then Pak Ade bawa kitorang dinner kat Kedai Nasi Padang. Sapa-sapa yang tak pernah makan nasi padang, berhati-hati dengan menu anda, mereka akan menghidangkan semua hidangan yang ada, then korang hanya ambik menu yang korang nak makan je. Kalau tercuit sikit pun, korang akan tetap dicharge. Dan sungguh malang sekali bagi kami, total yang kitorang kena untuk 7kepala adalah anggaran Rp.270,000 = RM86. So sorang makan dalam RM12.30. Giler tak mahal tu? Tapi yang lucunya aku and mak mertua aku order "Air Barli", orang tu confident kata ada. Sekali bawak "Teh 0". Kitorang semua dah pelik, eh orang ni tak tau air barli tu apa ke? ke dorang ada istilah lain, sapa-sapa leh share? Pastu checkin kat Vila. Yahoo! kite kecepelus (berkubang/berenang) dulu~~ Sib baik Villa kitorang kat Seminyak, kalau kat Kuta, mampos jem teruk!



Hari Kedua:
Destinasi pertama Barong Dance. Price Idr 100.000/pax. Tapi sorry kitorang tak pergi, nanti termimpi ngeri. Muahaha

Terus ke kawasan Ubud. Kawasan yang kaya dengan hasil kraftangan. Memula gi Galuh Batik, tapi tak de la banyak sangat pilihan batik kat sini. Tips di tempat orang, bila korang pergi je tempat untuk beli oleh-oleh, agak-agak rasa berbaloi, terus beli je sebab korang akan rasa menyesal bila next tempat yang korang pergi, korang dah tak kan jumpe lagi oleh-oleh yang sama. Sungguh sedeh!


Then gi Batuan Bali, memang cantik-cantik hasil lukisan dorang ni tau. 


Pastu gi Kedai Silver, semua yang ada dalam ni semuanya Silver, mak mertua aku beli sebentuk cincin, aku nak beli gak cincin bentuk Bunga Bali segabak kat jari, tapi mahal sangat. Convert ke ringgit, RM70 ok. Kalau RM7 boleh la. Haha. Kalau kat Malaysia kite ada Bunga Kemboja, bunga yang selalu kat kubur tu. Tapi bunga bali ni cantek lagi :)


Then kitorang gi Tegallalang (Rice Terrace). Price Idr 5.000/pax. Sib baik Pak Ade ni bijak, just bayar perkereta je. Kitorang pun tak turun tangkap gambar sebab sayangnya time ni tak de padi. Musim menuai kot.


Pastu sambung gi Kintamani(Volcano) ataupun Gunung Batur. Price Idr 10.000/pax. Pun Pak Ade bijak, dia bayar perkereta je. Tapi kitorang turun jugak tangkap gambar, sejuk dia sama macam kat Cameran. Best giler weh, gunung berapi ni memang cantik! Lapar dah? Sangat-sangat lapar okey, so Pak Ade bawak kitorg pergi lunch kat Kintamani Restaurant. Dijamin 100% halal. Lunch buffet Idr 80.000/pax = RM25. Murahla kan. Menu pun banyak, aku dok bedal satay je. :p Tapi jangan terkejut, tax dorang sampai 21% okey. tanjat boboi! Restorent ni sediakan surau, surau dia selesa sangat, aku siap tidur-tidur baring-baring lagi. Tapi toilet dia tak de air, kat tempat basuh tangan je ada. Sib baik aku tak rasa nak membuang.


Ok energy recharge! Next destination Bali Coffe Agrotourism iaitu tempat Kopi Luwak dihasilkan. Dengan nama kasarnya kopi tahi musang. Ada bran nak minum? huhu.. Tapi aku pernah terdengar Malaysia mengharamkan kopi ini. So kitorg semua pun tak minum la. Mahal okey, secawan RM15. Masa kat sana, orang tu bagi kitorang cium bau Kopi Luwak ni, then memasing macam jakun cakap "Aah la, bau kopi lah". Pastu adik ipar aku cakap "Memang la bau kopi, takkan bau tahi kot" Hahaha, LOL. Mane la tau memang ada tempias-tempias bau tahi kan? :p


Then kitorang langsung ke Tirtha Empul Temple ataupun holy spring water temple. Mandi-mandi untuk penyucian. Price Idr 15.000/pax. Hati-hati dengan orang disekeliling anda, ada yang suruh beli pisang, ada yang suruh ambik picture. Semuanya secara paksaan. So beware!


Last sekali malam kitorg gi SPA. Yeay SPA di BALI! Kitorang gi De Nyuh SpaTraditional full body massage for 1 hour cume Idr 85.000/pax = RM27 je tau! Sangat-sangat siok sampai meleleh-leleh hingus aku menitik-nitik ke bawah lantai. Muahaha! Ada dia punye list of prices, tapi tertinggal kat kampung la pulak.


Hari Ketiga:
Masih gagah baca entry kali ni?? Cunnn.. Moh kite mulakan hari kite yang ceria ini. Memula ke Bedugul (Bratan Lake) Price Idr 30,000/pax. Tasik yang sangat la cantik tapi tak pergi sebabnya jauh, takut tak sempat. Tak pe lah, tak de rezeki :( 


Terus kitorang ke Tanah Lot. Price Idr 30.000/pax. Memang semua tempat nak masuk, semua kena bayar. Arghh pengsan, sib baik jadi Jutawan Segera kat sana. Tapi kat Tanah Lot ni cuaca dia panas giler. Sib baik sempat beli kipas tangan dengan harga Idr 10,000. hehe. Tapi nak gi toilet dia, kena charge Idr 2,000 = RM0.64. Mahalnya! Kat Malaysia pun RM0.30 je tau~


Paling best shopping kat Pusat Khas Oleh-oleh Agung Bali sebabnya sejuk je beraircond :)


Pastu gi Nusa Dua, popular dengan Pulau Penyu. Nak gi sana kena naik boat. Dorang sediakan glass bottom boat. Leh tengok rumpai laut daripada glass tu. Tapi ni aku nak cerita. Story bengang giler rasanya, aku dah usha dah harga boat ni, sepatutnya harga Idr 400,000/boat tapi bila sampai sana, mak oi, diorang kire perkepala. So total semua Idr 1,500,000. Eh giler ke hapa? Melampaunya! Then Pak Ade bisik minta kurang, dia leh bagi Idr 1,250,000 je.. Aku marah la, aku cakap tak pelah, kite jejalan jelah tengok laut. Then dia turunkan lagi kepada Idr 1,000,000. Hello~~ sejuta okey sejuta! Tapi mak mertua and adik ipar aku setuju la pulak. Aku dah tak leh nak cakap apa, sebabnya bukan aku yang keluarkan duit, patutnya paling mahal pun Idr 80,000 je. Hrm tak pelah, nak buat macam mane kan. Pak Ade pun tak pernah pergi Pulau Penyu ni, so dia tak dapatla nak tolong banyak :( Hati-hati dengan orang yang ambik foto anda, nanti dorang cuci dan suruh korang beli. So make sure korang sudah siap sedia dengan perisainya. Perisai aku? Tarra kipas tangan aku ler.. Pe lagi tutup muka tutup muka. Then mati-mati aku ingat kapalnya macam kat bawah ni.


Rupa-rupanya macam warna putih tu je. Sekali masuk Pulau Penyu, ada lagi la pulak kena bayar lain, tapi yang bawak boat tu cakap, takpe masuk je. Kalau dorang suruh bayar, aku jawap je, kitorang dah bayar sejuta tau! minta kat orang di darat sana! hahaha. Punyala bengang aku kan. Sib baik best la jugak Pulau Penyu ni, banyak penyu-penyu yang comel-comel. Rasa macam nak colek seekor je.


Pastu kitorang lunch kat Kedai 100% Muslim dan halal. Kedai biasa je. Niat hati nak makan bakso, tapi jauh sangat. Jauh sebab Jem :( mane-mane pun jem, cukup-cukup la KL je yang jem. Lain kali gi jejalan kat tempat yang langsung tak jem je lah. Huhu. Kitorang pun order lah Soto Ayam. Wah lain betul menu soto dorang, kalau kite guna nasi impit, tapi dorang guna nasi putih je. Mula-mula ingatkan nasi putih tu nasi tambah, tapi pelik gak, sebabnya kitorang order nasi goreng. Rupa-rupanya tu nasi untuk soto da.. Pastu soto kite ada kacang-kacang, soto dorang ada telur, pastu apa entah. Yang pasti sedap giler soto tu, kitorg share semangkuk 4orang, sekali 4orang ni bedal sampai licin sebab kesedapan!


Then next destination, Garuda Wisnu Kencana Culture Park. Price Idr 60.000/pax. Tapi kitorang tak sempat pergi sebab dah nak malam. 


Tak sempat ke GWKC sebab nak kejar gi tengok Sunset kat Uluwatu. Price Idr 20.000/pax. Memang cantek betul sunset dia. Tapi sayangnya kitorang dah terlambat untuk tengok Kecak Fire Dance, price Idr 70.000/pax. Pelancong penuh sangat. Kalau nak jugak, kena tunggu lagi after sejam.


Malas nak tunggu terus kitorang dinner. Yeah dinner yang paling-paling dinantikan. Dinner di Jimbaran! Sib baiklah aku dah deal siap-siap dengan Pak Isme. Nak dinner yang pakejnya hanya Idr 150,000 = RM48/pax. Dan Pak Isme sangat-sangatlah tidak mengecawakan, ada corn soup, fish, crab, mussel prawn, squid, nasi, kangkung, sayur, buah and fresh orange. Perghh berbaloi-baloi gua cakap sama you all. Aku tengah menikmati aku punye ikan dalam lampu yang tersangat la samar-samar, takut tercekik tulang je, tengok-tengok semua yang lain dah habis makan? Oh tidak!! 


Then kelihatan dikejauhan ada Local Band, sib baik dorang tak datang kat kitorang, kalau tak, entah berapa pulak la tips yang nak kena bagi. Huhu


Dan owh yeah! Last bershopping di Cenderamata Krisna. Laki aku punye lah borong T-Shirt Bali untuk kenkawan dia. Aku lak borong makanan. Jumpe la ini. Kacang Disco Bali Jegeg. Hehe. Memang berjoget la masa makan kacang ni, sebab sedap! Sama macam kacang time hari raya tuu~~ 


Ok sampai Villa dah. Jom tidur! Eh silap, kecepelus dulu. hehe
 
Hari Keempat/ Terakhir
Aktivity bebas, adik-adik ipar aku pe lagi, dok berkubang la dorang. Aku and laki aku dok cari Kacang Garuda atau Kacang Cap Tangan kalau kat Malaysia. Pastu kalau kat sekitar jalan, terutama depan kedai and depan rumah, korang akan jumpe Sesajen. Menurut Pak Ade, benda ni adalah makanan yang dorang sembah kepada dewa-dewa dorang. So please watch your step. Kalau terpijak, just say sorry atau maaf :)


Ok la flight kitorang berlepas pukul 4.20pm. Tapi kitorang pukul 12pm dah gerak dari Villa. Jem giler weh. Pastu kalau bawak kereta kat sana kena berani mati, kalau tak, sampai kesudahlah ko tak lepas kat simpang tu. Memang hebat pak supir nih! Then sepanjang di Bali, ko takkan rasa ko dikelilingi oleh warga Indonesia seperti di Malaysia sebabnya orang-orang Bali ini kulitnya sama je dengan orang Melayu kite. Walaupun dorang kebanyakkannya beragama Hindu, tapi banyak juga yang kulitnya cerah-cerah. Dan kebanyakkan warga Bali badannya semuanya kecil-kecil molek. Dan yang paling best, sepanjang perjalanan korang akan nampak menu yang paling femes sekali kat sana adalah "Babi Guling". Hehehe. So make sure pilih pak supir yang boleh dipercayai. 




Conclusion: Airport Tax di Bali Idr 150,000. Untuk pickup airport-villa-airport just Idr 200,000 = RM63 je. Then untuk full day tour just Idr 400,000 = RM127. So total transport untuk 4H3M hanya Idr 1,000,000 = RM319 je.. Murah giler kan?
*Cost transport,include:car aircond,petrol,parkingfee,driver,mineralwater..
*Not include:lunch,dinner & entrance fee.
Then untuk Villa 4 bilik with private pool for 4H3M, only USD 690 = RM2130 je. Berbaloi la kan sebab tak bising dan tak berapa sesak :)

Moral of the story: Jauh perjalan luas permandangan!

p/s: next sapa la pulak nak sponsor aku jjcp lagi eh? :p

121 comments:

  1. tudiak sakan dia meronda bali noh... mmg destinasi popular bali nih, especially for honeymoon purpose.. ha btol kopi luak tu haram, jgn sesekali try tau.. hahaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kopi luak yang musang berak tu kan..

      Halal ler kalau betul kopi yang musang makan berak memenuhi syarat tidak pecah semasa dikutip dan dah diproses dengan betul.. So kena teliti betul2 la semasa pemprosesannya..

      Dari jakim & UIA

      Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-98 yang bersidang pada 13-15 Februari 2012 telah membincangkan Hukum Meminum Kopi Luwak (Musang). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

      Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa Allah SWT memerintahkan umatNya supaya memilih rezeki yang halal dan memakan makan yang baik sebagaimana firman-Nya dalam Surah al-Baqarah, ayat 172 yang bermaksud:

      “ Wahai orang yang beriman! Makanlah dari rezeki yang baik yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu beribadat kepada-Nya.”

      Muzakarah juga berpandangan bahawa kaedah fiqhiyyah menetapkan bahawa: الأصل فى الأشياء الإباحة، ما لم يقم دليل معتبر على الحرمة iaitu hukum asal mengenai sesuatu adalah harus selagimana tidak ada dalil muktabar yang mengharamkannya. Ulama’-ulama’ fiqh muktabar menjelaskan bahawa mana-mana bijian yang dimuntahkan oleh haiwan atau yang keluar bersama najis haiwan tersebut, selagi mana ianya tidak rosak dan masih kekal dalam rupa bentuknya yang asal atau jika ditanam ia mampu tumbuh, maka ia dihukumkan sebagai mutanajjis dan bukan najis.

      Sehubungan itu, selaras dengan penegasan dan pandangan-pandangan tersebut, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa biji Kopi Luwak (musang) adalah bersifat mutanajjis dan ia harus dijadikan bahan minuman dengan syarat:

      1. biji kopi tersebut masih dalam keadaan baik, tidak berlubang, tidak pecah dan dapat tumbuh jika ditanam; dan
      2. biji kopi tersebut hendaklah disucikan terlebih dahulu daripada najis.

      Muzakarah juga memutuskan supaya Kopi Luwak yang dihasilkan hendaklah mendapatkan sijil pengesahan halal daripada JAKIM atau Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) sebelum dipasarkan kepada masyarakat Islam.

      Delete
    2. waduh2 dek non.. kalau dah ada pilihan lain apsal nak diminum jugak kopi luwak yg 'memusyikilkan' itu.. dah jadi serbuk kopi mana kita nak pi tau dah keadaan biji kopi tu cmner sebelum dibakar dan dijadikan serbuk tu der.. ke ko ada run kopi luwak farm ka apa ni? ^^

      Delete
    3. pergghh..hmm..pnh dgaq hari tu,dh lupa.ni diingatkan kembali.huuu..tak sanggup nk telan..

      Delete
    4. ha betul tu kata plain, aku nampak gak hasil biji kopi diselaputi najis musang ni, bila dah banyak, memang kite tak dapat nak bezakan keadaan biji kopi tu. tu melalui pandangan kasar mata aku la. tapi tak tau la kalau dorang ni dah pakarkan. dorang sekejap je ke leh asingkan biji kopi yang baik atau rosak. tapi mmg aku tak berani pun nak minum. kembang tekak weh

      Delete
    5. Kakak Plain

      Point saya ialah mudah..

      Islam ni MUDAH kalau faham asasnya dan Islam tidak mengharamkan sesuatu dengan Mudah.

      Kalau betul nak makan/minum kopi luak sila la siasat cara pembuatannya.

      Kalau was-was bak kata Kak Plain elok la jauhinya.. Tapi mana la tahu teringin sesangat nak merasa.. jadi carik la yang Halal.

      wasalam.

      Delete
    6. betul! kalau was-was jatuh haram!

      Delete
    7. Untuk mengelakan was-was tapi teringin benor kena la siasat..
      Dalam Islam ada kaedahnya..

      So kalau ikut kaedahnye Kopi Luwak ni HALAL di makan/minum.

      Harap Maklum.

      Delete
    8. Dan harga Kopi Luwak tersangatlah mahal. Harap Maklum. hahaha

      Delete
    9. Officemate ada bawak balik tapi sebab aku tak pasti cara pemprosesannya aku abaikan je.. :)

      Delete
    10. bau kopi juga tu bah. takde la bau taik. hahaha.. tu la, tapi bila fikir2kan balik kan, kalau kite gi beli ayam, daging, mcm mane lak dorg punye process penyembelihan.. jenuh gak la klu seseorang tu jenis yg terlalu particular dan manjang rasa was2 terhadap sesuatu benda. senang cite, ternak sendri, tanam sendiri, sembelih sendiri, masak sendiri jela gamaknya. huhu

      Delete
    11. Kopi ada kulit kalau kulit tak merekah najis tak meresap masuk bersihkan buang tahi tu buang kulit boleh makan kopi tu.

      Ayam eh haha bersihkan najis dia makan cuma telur ayam kalau terendam dalam tahi? atau tak basuh sebelum pecahkan kot tahi ayam termasuk sama huhu.. Bias akedai roti canai etc tak basuh pon telur dia.. :) yucks.. lagi sadis dari kopi luwak :P


      Delete
    12. ada je telur ayam yg aku jmpe taiknya dah kering melekat kat kulit telur tu.. basuh2 tak hilang.. yuckkk!

      Delete
  2. perghhh best giler weh!. serius ke weh cantik pemandangan sana? ke ko tipu je? best x spa weh? kalau urut lelaki, perempuan ke lelaki tukang urutnya? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik. betul cantik la.. keindahan alam semulajadi :)

      gatal la ko.. x mo bg tau tukang urutnya

      Delete
    2. Kalau ada isteri suh je isteri urut kekeke :)

      Delete
    3. isteri skrg malas2.. isteri skrg rajin minta diurut je :p

      Delete
    4. Ala senang je umpan shoping musti depa nak urut punye

      Delete
    5. hikhikhik. urut gitu2 je.. x rajin la nak urut, sebab lenguh tangan. apakan daya, kekuatanku hanyalah sekelumit cuma. eh apa yg aku merepek ni?

      Delete
    6. tolong urut beta.. beta sengal2 bahu ini

      Delete
    7. beta sila panggil dayang. sekian

      Delete
  3. lama dah tak singgah sini. gigih gigih gigih aku baca. aku memang suka kalau perihal jalan-jalan ni. yang sesajen tu, aku pun penah terpijak. waduh

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. tu la, laki aku pun ada terpijak. aku x tau aku ada terpijak ke tak. tapi cuak jugak kan klu terpijak. krg kena marah ke. naya je

      Delete
    2. ancak tu benda alah apa? huhu.. gue ngak tahu sihh

      Delete
    3. Ancak ialah persembahan kepada makhluk alam lain.. yang dilarang dalam Islam.. :) Rasa masa sekolah agama ada sebut.. tak ingat dalam bab apa..

      Delete
    4. owh serius? patutla aku failed sejarah. hahaha

      Delete
    5. Bukan sejarah la dalam Agama Islam.. aku tak pasti samaada ada dalam Agama ISlam sekolah rendah/menengah.. Kalau tak silap aku aku belajar masa kat sekolah Agama Petang.

      Delete
    6. Apa kaitan kuda kepang plak?

      Delete
    7. kuda kepang buka persembahan kepada makhluk alam lain ke?

      Delete
    8. Kuda Kepang bukan majlsi khusus buat/bagi persembahan lebih kepada upacara memangil dengan mentera tertentu.

      Kalau sekarang kuda Kepada hanya pada tarian tiada unsur mistik.

      Ancak biasanya dibuang di sungai memohon restu/perlidungan makhluk dsb.

      Delete
    9. ko ni tau pasal ancak.. pernah try ke apa?

      Delete
    10. Aktiviti Kuda Kepang biasa ada orang buat kat kampung dulu masa majlis perkahwinan memang takda ancak atau persembahan tapi pernah nampak penari kuda kepang dirasuk makan mentol etc.

      Ancak dan seumpamanya belajar masa sekolah agama..

      Delete
  4. weh update baru! aku nampak babi aku nampak babi! haha.. ko nampak babi tak kat sana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh.. lajunya puan suraya nampak babi.. kena samak mata ni. kihkihkih

      Delete
    2. aku nampak perkataan Babi Guling je bersepah, babinya aku x nampak. kandang babi pun aku tak nampak. hahaha

      Delete
    3. Selalu hampir setiap hari aku nampak lori babi ke Penang
      risau juga terpecik air babi !@#$%^&

      Delete
    4. eee yuck.. aku pernah drive belakang lori babi.. perghhh bau dia.. pengsan!

      Delete
    5. kalau biasa lori dia mudah dikenalpasti sebab dia cover lepas badan babi pastu bau semacam..

      kalau Orang Cina biasa makan bau peluh diaorang pon ada bau macam tu.. yucks.. Dulu jiran masa kat kolej mungkin suka makan babi bau bilik dia macam tuh.. Sib baik tempat kerja aku takda bau camtu.. adeh..



      Delete
    6. eh, kalau dah siap masak pun bau dia teruk gak ke? peliknya.. mesti hidung ko kembang kuncup kan masa bau natang ni? :p

      Delete
    7. Bergantung apa dia makan rasanya.. pernah melawat pameran ternakan di US dulu.. Babi dia takda la bau sangat.. Kalau kat Malaysia ni dari jauh dah boleh bau..

      Manusia pon kalau bau bergantung kepada apa dia makan :)

      Delete
    8. owh pernah gi US.. best x sana? aku tgk cite salam taj mahal eh, mcm x best je sana. haha.. mungkin babi kat US dorg rajin mandikan kot

      Delete
    9. Depends US tu luas.. tak jumpa pulak Taj Mahal kat US?

      Delete
    10. owh aku maksudkan taj mahal yang kat india tu.. aku rasa tempat dia mcm aku rasa x best je kalau nak lawat. huhu.. sorry klu komen aku membuatkan ko terconfuse :p

      Delete
    11. India banyak kawasan orang miskin.. dan populasi dia tinggi..
      US tak banyak tempat macam tu.. well tgk la US area mana ko pi..

      Pi tempat orang miskin utk insafkan kita :)

      Delete
    12. x mau.. nanti aku x berenti mengalir. habis air aku

      Delete
    13. kurus la takda air :P

      nak cantik pi eropah clasik & cantik..
      kat US sesetengah tempat ada macam eropah..
      sesetengah membangun habis..
      sesetengah hutan belantara dan sesetengah lagi gurun..
      pilih je kwasan.

      kat india kotor nak pi sana kena hati-hati esp. air minuman tak pasla2 kang kena cirit @ sakit naye je.

      Delete
    14. Ada kawan (senior) jodoh & kawin dengan orang norway dan berhijrah ke sana.. Kawasan dia tingal 6 bulan siang 6 bulan malam..

      So kalau ko nak pi sana pi masa dia siang ok la kot :) 6 bulan siang tak malam2 :D 6 bulan malam takda siang.

      Tak pasti macamana dia puasa tak sempat tanya :)

      Delete
    15. wah seriously? giler mantap. dah tu tdo ke bangun, sama je la eh gayanya.. kat sana kalau siang pun sejuk je kan. nak gi lah :p

      Delete
    16. Pergi la boleh rasa masa yang macam tak habis2 :) kalau masa bulan siang.. rasa siang macam lambat je berlalu.. so kalau malam atau sunrise tu makan bermingu2.. :D



      Delete
    17. langkawi pun tak pergi lagi :(

      Delete
    18. Pergi je la ambik cuti
      elakan waktu tengkujuh dan juga waktu sekolah

      Delete
  5. So damage semua berapa sih? ada ribuan ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh yang aku kire la kan, laki aku habis RM1800 je utk shopping + supir + entrance fee

      mak mertua aku habis RM2130 utk villa + RM6300 utk Flight sahaja. huhu

      aku? tak keluarkan duit walau sesen pun. muahaha..

      Delete
    2. Su, baca cuma nak tahu the whole damages.. :)
      overal so kalau nak Pi sana karang leh la estimate..

      Za,
      5 orang ke? dalam 10k gak tu yea..

      Delete
    3. owh ko nak whole perbelanjaan la ni? ko kire sendiri la.. muahaha
      Semuanya kiraan 4H3M tau
      rm6300 = sebiji villa muat 8orang
      rm2130 = flight 2ways untuk 8orang
      rm319 = transport utk 7orang (budak beriba tak dikire)
      rm151 = entrance fee
      rm170 = makan
      rm1000 = shopping! haha <-- tipu je

      Delete
    4. Alrite tengkiu..

      Delete
    5. eh sorry terbalik.. hahaha
      rm6300 = flight 2ways untuk 8orang
      rm2130 = sebiji villa muat 8orang

      Delete
    6. Owh itu macam ka baru ingat mahalnye villa sampai 6k..
      Flight eh.. Pakai agent ke plan sendiri
      rasanya pakai agen perlancongan ek..

      Delete
    7. tak la. usha sendiri.. kalau guna agent, dia bawak ke tempat2 yg mahal je. contoh zoo, safari, dolfin, water.. tapi tempat2 menarik dan permandangan, tak de dalam list.. malas la cenggitu.

      aku dok usha tentang bali ni drpd siang sampai ke malam tau. sampai aku rasa aku mcm dah x payah ke sana sebab dah menghayatinya melalui alam maya je. hahaha! ok lah, aku usha pak supir yg byk org Malaysia promote. drpd dia la aku dpt detail tntg bali. then usha harga tiket plg murah and villa yg ada private pool tapi still murah. hehe

      Delete
    8. perghhh best giler jadi Jutawan segera eh

      Delete
    9. mestilah.. bayar boat je sampai sejuta.. kisah antara yang lucukan, nak bayar bil kat kintamani restauran tu kan. confident je hulur rp.600k, sekali tak cukup lagi rp.67k. ha menggelabah seluk dompet cari rp.100k. mula2 keluar duit, eh duit Malaysia, then korek lagi, eh duit dolar US la plk, pastu baru jmpe duit rupiah. haha. kok nampak benor menggelabahnya.. huhu

      Delete
  6. Replies
    1. memang best! langkawi pun tak lepas lagi ni :p

      Delete
  7. "Tak de istilah honeymoon ye, nak buat anak pun tak sempat"

    yeke?? mcm tipu je!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah.. aku nak honeymoon kat Langkawi bulan 7 nanti. InshaaAllah

      Delete
    2. tentative tu jadual berjalan pack huh..
      romantik2 dalam pool pon tak sempat ke muhahahaha

      Delete
    3. sangat la pack, drpd siang sampai la ke malam. sbb tu la aku rasa mcm nak demam je.. pastu kematu punggung sebab dok kat kete sempit. bukan sempit sbb keretanya, tp sbb bontot gemok. muahaha. tapi rasanya kalau nak ke Bali, tak payah la 4H3M. kena 7H7M kot baru puas :p sana banyak je hotel murah2. kena pandai carilah.

      romantik dalam pool pun mane leh sgt.. ada adik ipar 2 ketul yang memerati. hahaha

      Delete
    4. Dah kata private :)

      Delete
    5. private utk family kitorg je la.. ipar duai tetap ada batas-batasnya.. hehe.. adik ipar aku dua2nya lelaki :p bujang dah pun. lagi tinggi drpd laki aku. muahaha

      Delete
    6. ko mandi bogel kat pool tu? OMG!

      Delete
  8. orang Indonesia kalau bilang Barley, dorang bilang "Jelai". tapi saya pun tidak pasti adakah betul atau tidak. bisa ditanyakan kepada member2 disana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh serius? tolong tanyakan kepada member2nya ya :)

      Delete
    2. Mereka kenal sebagai Hordeum vulgare

      lol XD.

      Delete
    3. amboi.. nama scientific ke apa? hahaha. jenuh berbelit lidah nak sebut kalau nak order. wakaka

      Delete
    4. Kat sana memang pangil Jelai kot?

      Delete
    5. sib baik kat area rumah aku x de indon.. kot :p
      kalau x, leh aku tanya apa itu Barli di indon. haha

      Delete
    6. kat rumah aku pon
      eh kat tempat kerja aku kat kafe tu rasanya ada indon kalau rajinnati aku tanya kalau dia tahu

      Delete
    7. ala.. ko kan rajin.. pe lagi.. tanya jgn x tanya :p

      Delete
    8. Macam malas sebab aku tak pernah borak ngan dia huhu
      Takan alih2 nak tanya barli kat indon orang sebut apa lol..

      Delete
    9. takda mention member kemcing pon?

      Delete
    10. eh.. bukan aritu ada cakap ke? :p

      Delete
  9. waduh waduh ibuk pic villanya anggak ada ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. pic villa nya anggak ada dong.. villanya sila cari sendiri :p

      Delete
  10. masa ko naik boat tu, apa je yg ko nampak? ada nampak ikan jos x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. lawak la perkataan ikan jos tu.. hahaha. tak de sebarang ikan pun yg aku nampak.. aku nampak rumpai laut.. leh buat collagen tu :)

      Delete
  11. Motor apa ko pakai?
    ni musti skuter

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak la. motor kriss je.. laki aku pecahkan tayar.. sampai bengkok sport rim motor aku tu.. kan dah kena ganti baru.. sport rim design lama pun nak jual sampai rm180.. aku beli dulu pun rm150 je.

      Delete
    2. dia gigit ke apa?
      lol

      Delete
    3. kan dah cakap.. jalan kat selangor ni banyak duri. tayar kete aku, berapa kali dah benjol

      Delete
    4. bahaya bahaya nasib baik aku tak duduk kat Selangor dah

      Delete
    5. ha bagus sgt, subuh tadi laki aku gi langgar paku lak. habis bocor terus tayar kereta aku.. harap2 jgn la sampai kena tukar tayar. dah aku gi kerja pakai tayar spare kecik je. bwk pun mcm kura2 je 60kmj. hikhikhik

      Delete
    6. 60kmj? leh caye ke?

      Kalau terus flat kemungkinan kena tukar tayar :P, Harap idak la kan.

      Delete
    7. hakhak.. muka aku nak bwk 60kmj? kura2 giler.. pecut gak la.. tp x de la laju pun.. 90kmj je.. muahaha..

      kena tukar dong tayarnya.. habis rm220 utk tukar tayar + tukar punat angin + alignment + balancing + camber

      Delete
    8. Sampai kena tukar punat angin lagi macam teruk je..
      nasib baik tak kena ketuk rim lagi..

      kalau takda bajet biasa aku minta tayar 2nd je :) boleh la pakai dulu sementara kumpul bajet.. tukar baru.

      Delete
    9. viva aku kan baru je setahun setengah.. tapi empat2 tayar dah tukar. hahaha.. 2 tayar tukar sebab bengkak/benjol. 2tayar sebab langgar paku besar punye. dulu masa pakai kancil 2tahun dok kat KL, mane pernah tukar tayar wlu sekali pun. sekali dok kat rumah skrg, manjang je rosak tayar aku tu. aku ni kan tak pandai nak tgk bunga tayar, tak berani nak ambik tayar 2nd. sbb suke pecut2, tayar licin x best kalau kat hujan. hahaha

      Delete
    10. Teruk benor jalan kat sana yea?

      JKR tak buat kerje ke?

      Delete
  12. perrrgghhhh...babi guling..tersilap tgk duk ingt kambing guling...

    ReplyDelete
    Replies
    1. teringin nak makan babi guling ke? :p

      Delete
  13. salam. i nak ke Bali end of May ni. nak minta tolong sikit - contact no and info tempat you sewa kereta tu. sirnya macam bagus so fikir nak cuba. i pun pergi 13 orang - family. tq for assistance

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry lambat tak perasan.. ok ambik contact number ni

      Isme
      www.balifuntourisme.com
      Phone: +62 361 7988081
      Mobile: +62 81 338 614 174(WhatsApp).
      & +62 878 614 54277
      Pin BBm: 234373D7
      YM: isme_tours@yahoo.com

      ni pulak website dia:
      http://www.balifuntourisme.com/contact.html

      hope membantu :)

      Delete
    2. Tq. nanti i try contact. i pun tiru u punye siteseeing plan.

      Delete
    3. 4H3M? serius tak sempat. lagi2 kalau pergi ramai2.. advise pergi time bukan public holiday la.. sbb klu time public holiday, mmg jem sana. lagi2 area kuta. ok la. happy holiday :)

      Delete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. Bayaran tour guide masa sampai kat bali ker @ bank in ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry2 baru perasan.. bayar kat bali.. time dia hantar ke airport untuk pulang ke Malaysia

      Delete
  16. Assalamualaikum.enjoyed reading this entry. Boleh tanye nama villa x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. memula tak mau share.. tapi dah tanya, jawap je la.. hehe. Bali Puri Ratu Villas (Seminyak)

      Delete
    2. terima kasih puan Za...semoga saya berpeluang ke sana juga...tengah plan bersama keluarga, hope dapat enjoy macam puan Za juga

      Delete
    3. inshaaAllah berpeluang kalau komitmen menabung ongkosnya.. hehe.. kalau dah ke sana, jangan lupa share apa yang latest. :)

      Delete
  17. wah. Hee saya pun mau ke Bali lagi.

    ReplyDelete
  18. Sewa Kereta Murah Di Bali
    450k Sehari sudah termasuk petrol, bayaran letak kereta, pemandu, dan cukai.
    Kami hadir menyediakan perkhidmatan Sewa Kereta Murah Di Bali pada kadar sewa yang bepatutan dan murah.
    Telefone/WhatsApp : +62 811 387 010
    Wechat ID : astawa-krishna

    ReplyDelete