Wednesday, November 14, 2012

Kakak Ni Comel

Ni nak cite pasal balik kampung haritu. Memandangkan husband kerja, so lewat jugakla kitorang gerak balik kampung. Pukul 9.00 baru nak gerak, pastu singgah pulak tempat basuh kete yang Cyclone tu, ramai giler kete beratur, tapi terpaksa gak la ikut beratur sebab kereta dah kotor giler. Berbaloi gak la sebab time tu ada tokey jaga, so nepal2 tu tak de la malas-malas nak buat keje. hehehe

Sampai-sampai je kampung, wah rambutan dah menguning,bestnya.. Memandangkan dah tengah hari kan, sampai-sampai terus je makan. hehe. Semua tanya, baru sampai ke? Aku pun jawapla, aah, suami ni ha baru je balik kerja.. Lepas je makan dan makan dan makan, huh asal ngantuk sangat ni bijik mata ni. Tiba-tiba mak pulak offer kat husband aku "gi la rehat kejap kat bilik tu kalau ngantuk". Aku pun pe lagi, mengambil kesempatan yang ada lah. haha. Aku cakap kat husband aku, kite tolong ngemas dan cuci pinggan je la nanti. Ngantuk sangat la. Yela mandu sampai 3jam setengah kan. Mau tak kejang mata. Dok sedap tidur tu, tiba-tiba lak hujan, hrmmm makin tinggi la aku angkat selimut.muahaha! Sekali terbangun, pergi keluar, perghhhh semua dah settle weh. Rumah dah kemas, pinggan mangkuk dah berbasuh.Walamak terlajak la pulak tidurnya T_T. Then mak ajak makan. Makan lagi! Pastu time makan tu, makcik tegur "Eh adapun dia ni, tadi tak de.. Mane perginya tadi?" Ye la makcik.. tak payah la perli.. Memang saya terlajak tidur tadi. Huhuhu

Pastu memalam tu, tengok-tengok la TV dengan adik-adik sedara. Sekali adik sedara yang sorang ni baru 5tahun, tapi badan besar gabak, dia cakap kat mak dia:
Budak: "Mak, kakak ni comel!"
Aku: Ha? ~~homaigot malunya aku.. tersipu-sipu dibuatnya (blushing) hehehe.
Mak budak: "Oh ye.. dia cakap kakak ni comel.." sambil senyum dan tunjuk ke arah aku.
Aku: Alamak, akupun malu kuasa 2 laaaaa. Ala jangan la.. tengah shy shy cat dah ni. kembang hidung semangkuk~~ hehehe
Budak: "Kakak malam ni tidok mana? Bilik sana penuh, tidok la bilik ni. Bilik ni kosong" owh dia ajak tidur kat bilik dia. hehehe
Aku: "Tak boleh, nanti mak dengan ayah nak tidur mane?"
Budak tu terus terdiam.. Pastu terus duduk sebelah aku. Sambil bersandar-sandar. Suka sangat dengan aku sampai nak bermanja-manje ye.. Aku lak, errkkkkk!! biar betul budak ni, ni case gangguan seksual ke apa ni? warghhhh sib baik ko budak! kalau ko tu dah bukan budak, mmg dah lama aku duku-luku-hempuk segala bagai. hehehe

Keesokkan harinya, kitorang pun balik la. Singgah kejap makan kat kedai dah tengah hari laparkan.
Sekali mak aku pun berkata-kata:
Mak: "Wah anak mak lang ingat lagi ko dengan abang ko kawen. Dia cakap, kakak yang lawa tu kawen malam kan? pastu kakak yang comel tu kawen siang kan?"
Aku: Erkkkkkk.. kakak yang lawa? dia refer bini abang aku ke.. aku blurrr kejap... Wawawa yela. betul lah. sapa lagi! wah budak tu puji kakak ipar aku lawa, aku comel je ke?? T_T habis terus hilang kembang semangkuk kat hidung aku ni ha.. Tapi aku buat2 la ayat cover depan mak aku "Owh, ingat dia lagi eh.. orang pun tak perasan dia datang aritu"
Ye aku dan abang aku kawen serentak, tapi dia bersanding malam, aku bersanding siang. dorang baru je dapat anak 2bulan lepas, aku tanda-tanda nak ngandung pun belum ada lagi.

Moral of story: Dah nama pun perempuan, belajar-belajarlah rajinkan diri tu.. Dan jangan nak perasan sangat boleh tak? muahaha

p/s: Mak ni, spoil mood orang lah... baru je ingat nak berangan-rangan kena puji tau! :(

34 comments:

  1. Tu yang tak sabar nak dapat baby eh :) ada la tu nanti :)

    Good luck Za.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak mau komen pasal tu.. dah buat entry pasal tu.. komen ler pasal Kakak Ni Comel.. muahaha :p

      Delete
    2. bebudak memang comel..
      lagi comel kalau dia dah pandai jek..
      akak comel la..

      kih kih kih..

      Delete
    3. dia mmg comel pun.. bayangkan, umur baru 5tahun, tapi badan kuh semangat macam dah darjah 3 kot.. aku ingat mula2 dia ckp comel tu, dia ckp, aku yg ckp dia comel. aku dok terfikir jugak, bila pulak la aku cakap budak ni comel depan2 dia ni.. owh rupa2nya dia ckp, aku yang comel.. hehehe.. (blush blush) perasan!

      Delete
    4. uih 5 tahun tapi dah macam budak darjah 3..
      besar sunguh.. payah nak carik baju tu.. :)

      takper la akak memang comel huhu

      Delete
    5. udah la.. jgn percaya.. tipu je dia ni.. gebang je lebih kan.. :p

      Delete
    6. Ntah la kalau umur 5 tahun cam budak darjah 1 masih leh diterima kalau budak darjah 3 amat jarang sekali.

      Ni nak suruh snap gambar.. sebagai bukti ahaks..

      Delete
    7. hahaha... adohai.. kakimama jahat tau... tgk org dah ingat aku ni penipu besar.. betul x tipu. dia mmg gemok.. gemok dan tinggi.. fizikal la mcm org dah darjah 3. mgkin sepupu2 aku yg belah mak aku, umur baru darjah 3 tp kecik2 kot.. abang budak ni pun dulu gemok jugak. tapi sekarang dah jadi macho man. hensem giler kot!

      nak pic ke? aku pun x tau bila aku balik kampung tu balik, then tak pasti budak tu pun balik tak time aku balik. insyaAllah kalau ada, aku snap ye.. :)

      Delete
    8. guwau je la..

      Yerla kalau dah buat entry tu betoi la kan.. :D

      Delete
    9. x tau bila balik kampung?
      alasan alasan alasan

      Delete
    10. yela.. skrg dah byk kampung.. susah nak bahagi masa.. mane de alasan.. kakimama x caye kat saya ke? ce tgk si Nov tu, molek je percaya kat saya.. kan saya dah buat entry, betul la tu (^_^)

      Delete
    11. takpe akhir tahun masa untuk berehat bercoti..

      Delete
  2. dia nak cakap, kakak ni demok sebenarnya :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. mane ada.. dia cakap 3x tau "kakak ni comel!" time yang berbeza2 :p

      Delete
    2. amboi..main2 bukti pulak dia.. hrmmm jom gi kampung aku. nanti aku bg bukti..

      p/s: kena rasuah coklat byk2 ni kat budak tu :p

      Delete
    3. lenkali sila pasang record sesiap jumpa dia je on record hahaha.. ;)

      Delete
    4. hahaha.. mmg ikut hati nak record.. tp mak dia ada lak kat situ.. :p

      Delete
    5. wekkkkkkkkk!!jelesssssssss... kan kan kan?

      Delete
  3. takpe usaha lagi lenkali..
    pi ajak dia beli aiskrim nanti dia jek la sayang akak comel kekekeke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. masalahnya dia nyendeng2 tu.. meremang terus weh bulu roma aku.. takkan budak ni dah bernafsu? ke mmg dia nak manja2? ishhh.. rela x dipuji comel drpd dicabul oleh budak2.. wakaka

      Delete
    2. budak laki ke hehe.. budak sekarang bahaya huhu :D

      Delete
    3. aah lelaki budak tu.. kat kerusi yg ada 3seat tu, paling kiri adik aku duduk, tgh laki aku dok, aku ddk kanan sekali. tiba2 dia datang pastu dia ckp "ala dah penuh la pulak". pastu laki aku terus bangun, then bg budak tu duduk. budak tu pe lagi, suka la dia.. aku plk, adoi.. awat la laki aku bg kat budak ni.. aku dah garu kepala.. tp dalam hati aku, ok think +ve, dia ni bdk je kan.. badan je gabak, tp otak still 5tahun kan.. then mak dia bwk bantal busuk and susu, hikhikhik, sah budak lagi. so jgn fikir yg bukan2 ye..

      Delete
    4. Owh camtu :) hehe
      yerla budak.. kan takpe la..

      Delete
  4. ko kena terima hakikat.. comey tu maksudnya gemuk! kakak ipar ko tu yang betul lawa cun melecun meletop!

    ReplyDelete
    Replies
    1. T_T sampai hati mu kata bergitu kepadaku.. mmg kakak ipar aku lawa pun. x pe aku x lawa.. janji laki aku syg aku ;)

      Delete
    2. relak relak..

      mari kita berhijrah selamat tahun baru hijrah..

      Delete
    3. haha.. jgn marah ye tuan blog.. gurau2 ganas je.. betul tu salam maalhijrah :)

      Delete
    4. mane de marah.. saya suke saya suke (^_^)

      salam maalhijrah juga kepada semua. semoga esok lebih baik daripada harini :)

      Delete
  5. macam makeup je lebih.. hehehe... salam tahun baru hijrah juak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah makeup je lebih. plastik semua tu :p
      salam maalhijrah juak :)

      Delete
  6. Replies
    1. hikhikhik... hi.. sis x tdo lagi ke??
      salam maalhijrah :)

      Delete