Assalamualaikum semua. Setahun sudah berlalu setelah saya disahkan hamil untuk kali ke2. Dan dalam masa setahun ni, tak de sekali pun saya disahkan hamil walaupun sudah jalani rawatan kesuburan sebanyak 2 cycles period.
Tapi entry kali ni, saya mahu kongsi pengalaman macam mane saya keguguran, mana la tahu ada yang mengalami perkara yang sama. Sebelum saya kongsi, meh saya cerita dahulu chronology saya ber"ttc" (trying to conceive/ percubaan untuk hamil).
10/12/2011 - Tarikh Bernikah
30/12/2012 - Hamil Pertama secara neutral/ tanpa ubat
17/02/2013 - Sah keguguran pertama semasa kandungan 7w (hanya kantung)
07/07/2013 - Hamil Ke-2 dengan pengambilan clomid + suntikan hcg
14/11/2013 - Sah keguguran Ke-2 semasa kandungan 18w4d (cukup sifat jantina lelaki)
Pada 18/7/2013, masa tu period cycle day saya yang ke12, masa ni waktu paling subur untuk saya kalau nak conceive, saya buat scan melalui vagina, dan alhamdulillah terdapat telur matang kanan 22mm dan telur matang kiri 21mm. Jadi doctor bagi suntikan hcg dengan max doses. Suntikan ini untuk merangsang telur yang matang tadi pecah lalu menghasilkan Ovum (benih wanita). Doctor suruh balik rumah dan start bersama suami 24jam selepas suntikan. OPK pun dah +ve, apa lagi, memang pulun la.. Disebabkan saya buat BBT, jadi saya boleh track bila Ovulasi terjadi, dan alhamdulillah, Ovulasi terjadi tepat pada masanya iaitu masa hari ke 14. BBT seperti di bawah..
Masa hari ke 23, saya saja-saja suka-suka test UPT, -ve pulak, tapi macam +ve jugak, dok belek-belek sampai juling bijik mata antara +ve atau tak.. hehehe, mesti ada juga yang berpengalaman cenggini kan? Then masa hari ke 26, saya menggatal test lagi UPT, dan erkkk +ve la pulak dengan line T samar sedikit banding line C. Saya time ni dah excited, tapi bila saya baca ada yang cakap suntikan hcg boleh bagi false +ve, saya terus "alamak" mood spoil~~ Bila repeat test masa hari ke29, iaitu hari yang dijangka saya period balik, dan alhamdulillah +VE dengan kedua-duanya TERANG! Terima Kasih Allah :)
Disebabkan saya pernah keguguran masa 7w, saya decide untuk tidak bagi tahu keputusan tu kat family, cuma husband dengan kawan-kawan forum je yang tahu.. special kan dorang? ;-p Saya pun tak berani scan awal-awal, so saya decide scan masa kandungan dah 8w3d.
04/09/2013 - 8w3d, Alhamdulillah dah nampak Heartbeat :') terharu..
Masa mula-mula doctor scan melalui vagina untuk cari janin, memang agak lama, tapi langsung tak nampak. Memasing senyap cuak berdebar-debar. Then doctor decide untuk scan perut, dan alhamdulillah, sekali letak je terus nampak janinnya. fuhh lega, masing-masing dah tersenyum gembira. Doctor ukur ukuran janin, comey sangat, then doctor zoom kat jantung, Ya Allah, bergerak-gerak, bayangkan, jantung yang sangat kecil tapi berdegup dengan kadar yang sangat la cepat, 178bpm.. laju dan sangat laju. Perasaan pertama kali melihat janin sendiri dengan degupan jantung yang sihat, memang pengalaman yang takkan dilupakan..
23/10/2013 - 15w1d, Baby dah cukup sifat..
Kami scan sekali lagi untuk tengok progress baby. 1st teropong, bayangkan babynya tengah tertonggeng-tonggeng, nakal sangatla nakal. Happy nya kami apabila melihat baby kami membesar separti yang diharapkan.. After scan, kami decide cuci-cuci mata / windows shopping tengok barang baby kat Jusco sampai Jusco dah nak tutup.. Kami keluar agak lewat, jadi mesin escalator parking dah pun ditutup, nak tak nak kena la menapak turun tangga. Tak tau kenapa tetiba perut jadi senak sikit.
Keesokkan harinya, saya bangun pagi pukul 4.30pagi, macam biasala, saya jenis pergi kerja awal, tetiba rasa macam period, cepat-cepat lari pergi tandas, Ya Allah saya BLEEDING!! Saya kalut sangat, tak tau nak buat macam mane. Saya cuba buat normal, selepas bersihkan darah yang bersisa, saya cuba untuk focus buat benda lain - seterika baju, tengah seterika, terasa lagi ada darah yang tengah mengalir. Ya Allah terus otak blank, takut sangat pengalaman lama berulang. Terus kejutkan husband, cakap bleeding then nak buat macam mane? Husband suruh call doctor yang incharge saya, dan sms bos cakap akan MC. Saya try call nurse hospital memandangkan saya tak de direct nombor doctor. Tapi nurse kata pagi tu klinik tutup, doctor tak ada. Ya Allah saya dah start nak menangis. Worst case saya akan terus ke hospital kerajaan, nasib baik hospital kerajaan/swasta dekat sangat dengan rumah. Husband tenangkan saya, suruh saya rehat, tengok bleeding macam mane. Saya terus ke tandas dan bleeding dah stop, jadi saya sambung tidur sampai pukul 6.30 saya terjaga, saya try call hospital tadi sebab risau sangat-sangat, dan alhamdulillah nurse tu cakap kebetulan doctor ada untuk check pesakit yang baru melahirkan. Nurse tanya keadaan bleeding sama ada dah stop atau terus mengalir, disebabkan dah stop, nurse suruh datang pada 8pagi. Husband pun terpaksa inform rakan sekerja yang dia terpaksa masuk lambat sebab nak hantar saya ke hospital. Terkantoi dengan semua kawan-kawan husband yang saya dah pun pregnant sebenarnya. Baru ingat nak sorok sampai perut dah boyot sangat sampai tak boleh nak sorok.
Doctor check rahim guna Spekulum (muncung itik) untuk lihat ada bukaan jalan rahim atau tak, senak juga la rasanya, tapi tak la sakit sangat-sangat. Dan alhamdulillah rahim tertutup rapat. Keadaan baby, heartbeat semuanya ok, uri pun ok bukan placenta previa (uri rendah), kencing kotor tiada, memang tak ada sebarang masalah. Doctor bagi MC selama seminggu dan ubat duphaston (ubat kuatkan rahim)
Selama seminggu saya MC, saya hanya terperuk kat rumah. Bleeding terjadi hanya pada hari pertama, hari seterusnya hanyalah spotting (tompokan). Try tanya kawan-kawan forum dan google punca-punca pendarahan, cara mengatasi dan bermacam lagi. Ada yang suggest untuk dapatkan suntikan kuatkan rahim. Jadi dengan rasa semangat, saya kembali ke klinik pakar untuk minta suntikan kuatkan rahim, malangnya doctor cakap ubat duphaston adalah lebih kuat berbanding suntikan. Mungkin lain doctor lain kaedah rawatannya.
Seminggu sudah berlalu, spotting pun macam dah bersih, jadi saya pun bersedia untuk start kerja balik. Tapi baru je 2 hari bekerja, spotting saya mula datang balik, saya memang risau sangat2, saya pergi klinik panel, dan surprising katanya saya punya uri rendah means memang saya mengalami "placenta previa". Doctor bagi MC 4 hari sehingga hujung minggu untuk saya rest dirumah. Keesokkan harinya, risau dengan keadaan spotting yang tak berhenti, saya cuba minta 2nd opinion daripada hospital pakar sakit puan yang lain. Tapi keputusannya sama, memang saya mengalami uri rendah, progress baby semua ok, dan saya tanya pasal suntikan kuatkan rahim, doctor tu cakap tiada, hanya dupaston. Padahal kawan husband cakap, doctor situ la yang bagi suntikan masa isteri dia bleeding waktu mengandung. Hampa kecewa. Kawan-kawan forum nasihatkan supaya banyakkan bersujud ataupun baring dengan keadaan kaki lagi tinggi dari badan. Saya cuba kaedah tu, tapi yang saya nampak, spotting/tompokan makin banyak dengan perut bertambah senak.
4 hari kemudian masa hujung minggu, saya masih tidak puas hati, saya terus ke hospital pakar kerajaan pulak. Doctor buat ujian Pap Smear, ujian darah dan ujian air kencing. Tapi malangnya, keputusan hanya akan diberi selepas 2 minggu. Saya tak faham kenapa mesti 2 minggu? kenapa terlalu lama.. Saya balik dengan perasaan hampa tanpa sebarang ubat dan MC.. Saya tertanya-tanya, kenapa Hospital Kerajaan macam ni? Mungkin salah saya sebab tak pergi Hospital Kerajaan terlebih awal walapun saya sudah dapatkan pandangan daripada 2 pakar hospital swasta berbeza.
Selepas 3 minggu spotting tanpa henti, tiba-tiba malam tu saya rasa sakit perut sangat-sangat. Sampai saya terbangun dari tidur. Tak mampu tidur dengan lena, sampai saya tidur duduk atas sofa. Pagi esoknya, saya terus ke hospital swasta dan checkup kenapa tiba-tiba sakit perut sampai terduduk. Doctor tanya macam sakit Contraction ke? Saya pun tak tahu sebab saya tak pernah rasa Contraction. Dan rasanya tak sama dengan sakit senggugut, tapi tegang mengeras. Doctor check keadaan baby memang normal dan doctor detect saya ada Kencing Kotor. Doctor bagi saya MC 3 hari untuk rehat lagi dan ubat antibiotik untuk kencing kotor.
Esoknya tiba waktunya saya buat pregnancy checkup dengan klinik kerajaan, masa ni HB saya turun dari 13 ke 11, tapi nasib baik masih atas border line. Berat susut 1 kg, nurse tanya apa masalah sampai berat boleh susut, saya cakap dah 3minggu spotting, reaksi nurse memang sangat terkejut dan cepat2 nurse minta jumpe doctor. Bila dapat jumpa dengan doctor, doctor tanya balik sama ada saya ada buat checkup dengan hospital? saya cakap ada. tapi keputusan belum dapat, keputusan after 2 minggu. Tak ade apa yang doctor tu boleh bantu, hanya suruh saya tunggu je keputusan dari hospital. Reaksi saya? Memang dah agak dah. Doctor bagi ubat Iron Tablet untuk tingkatkan HB dan asid folic, tanpa Dupaston mahupun MC.
14/11/2013 - Kandungan usia 18w4d
Selepas 3 hari MC dari hospital swasta, saya masuk ofice, perasaan memang bercampur baur, risau, resah, sampai kakak satu ofice nampak perbezaan diri saya yang memang bermasalah. Kakak tu cakap "Za kenapa? Za pregnant ye.. tapi bermasalah, ada bleeding ke?" Memang tepat jangkaan dia sebab kandungan dia pun macam tu semasa hamil tapi alhamdulillah kandungannya berjaya diselamatkan walapun lahir pada 34w. Mood kerja memang kelaut, sepanjang saya on off kerja, ada kerja yang masih tertangguh sampai naik pening 1 kepala dibuatnya. Rasa nak telan je minyak cap kapak 1 botol tu. Petang saya drive balik ke rumah, tiba-tiba perut jadi sangat-sangat tegang keras. Makin kerap, hampir setengah jam sekali sakit tu datang. Kat rumah, setiap 2 minit saya mesti nak ke tandas, bila sakit perut tu datang, memang akan rasa nak terkucil sampai melecet dibuatnya. Maghrib tu saya terus call husband pesan bila dia balik kerja terus hantar saya ke hospital sebab sakit kali ni lain macam dah.
Pukul 8.30 malam tepat kami sampai kat hospital kerajaan, nasib baik hospital 10 minit je dari rumah. Tapi nasib saya kurang baik, doctor yang incharge malam tu tengah kat labour room sebab ada yang tengah bersalin. Masa tunggu doctor dalam bilik tu, memang betul-betul mentally touchier. Sakit perut + kerap ke tandas sebab nak terkencing. Duduk tak senang, berdiri tak senang, baring tak senang, memang serba serbi tak tenang la senang cita. Memang saya tak meraung sebab menahan sakit, tapi air mata mengalir deras sebab teramat la sakit. Yang tak boleh blah, pesakit-pesakit lain yang dah due date, steady je berborak-borak sesama dorang, saya ni macam separuh mati menahan sakit. Nurse pun dah risau setiap setengah jam call nurse tanya doctor dah settle ke belum.
After tunggu dari pukul 8.30 malam hingga 10 malam, baru la doctor turun dan lihat keadaan saya.. Apa yang doctor bagi tahu memang dah dijangka, yang saya bakal keguguran sebab dah ada bukaan, dan yang paling teruk, sedikit uri dah keluar dari bukaan tu. Tapi keadaan baby masih ok bersama normal heartbeat. Doctor suruh warded saya dan akan pantau keadaan saya, kalau boleh ikat bukaan tu, doctor akan ikat. Doctor suruh doctor practical untuk bagi ubat tahan sakit. Tapi biasala procedur hospital, sebelum warded, macam-macam soalan saya kena jawap, saya request untuk bagi ubat tahan sakit dulu, sebab saya tak tahan sangat dah. Tapi doctor practikal tu cakap "Ya betul saya nak bagi awak warded cepat-cepat, kat sana nanti akan diberi ubat, tapi kena lengkapkan detail dulu". Dalam hati saya, ya Allah, punye la saya tunggu sejam setengah kat sini, tak de la pulak nak tanya detail ke apa.. tak boleh ke bagi ubat dulu baru warded + tanya detail?
After bagi detail information, saya terus ke tandas untuk kencing lagi, tapi kali ni, sakit perut saya dah tahap maximum, dalam otak saya, "aku ni sebenarnya sakit sebab tahan nak berak ke?" so saya pun, tak pe la teran kasi keluar habis tahi-tahi ni dulu la.. buat senak perut je.. Tapi lain yang jadinya, sekali saya teran, terus saya pecah ketuban, air bersih memancut keluar, saya panic sangat, lepas tu saya terasa ada benda dah kat hujung bukaan, saya terbangun dan jerit minta tolong kat nurse, after jerit, terus janin saya keluar elok bulat janinnya mengeras. saya terus terduduk atas mangkuk tandas dengan keadaan janin tergantung. Saya tak berani nak pegang janin tu. sangat sempurna, saya lega sebab janin saya sihat tanpa cacat cela, time ni, dah tak de setitis air mata pun keluar sebab apa yang saya jangka, memang telah terjadi. Saya pernah cerita pasal ni dekat post sebelum ni. Boleh baca sini "
14.4.14" Janin saya seberat 187 gram je masa tu. Tak bergerak, hanya mengeras, tak terbuka mata dan tak terbuka mulutnya.
ni adalah contoh kandungan seperti saya. carian Google. bukan janin saya ye.
14/11/2013 - Nur Muhammad pergi meninggalkan kami..
Jadi setelah 3 minggu lebih saya bleeding serta spotting dan 4 hari saya sakit perut / contraction iaitu pada kandunga usia 18w4d, akhirnya kandungan saya tidak mampu diselamatkan. Tak de sorang pun doctor yang bagi penjelasan kenapa saya boleh keguguran, dan saya pun tak rasa nak tanya sebab kalau saya tanya, takut terbalik pulak hospital tu dibuatnya. hehehe. Tapi melalui report ringkasannya hanya "inevitable miscarriage" ataupun "keguguran yang tidak dapat dielakkan". Doctor terkejut tak sangka yang saya akan keguguran seawal tu, doctor korek sisa-sisa uri dan tersangat la sakit okey, sangat-sangat sakit!! Then doctor kesian, doctor stop korek uri yang melekat/ tertinggal tapi decide proceed dengan D&C ataupun cuci rahim. Berpuasa 1 hari 1 malam, pastu kena suntikan epidural (bius tulang belakang) sampai 7 kali suntikan sebab tak kena-kena tulangnya, sabar je la, menggigil den dibuatnya sebab kekejangan, baru la process D&C selesai. dia punya sejuk memang tak tahan, menggigil-gigil, bergoncang badan sampai rasa macam Parkinson after keluar dari bilik operation tu. Dapat la MC 1 minggu, erkk 1 minggu je? hehehe.
Epidural. Carian Google.
Selepas 6 bulan keguguran, saya ada jumpe doctor pakar cina untuk tanya pendapat kenapa boleh keguguran, katanya kalau ada bleeding + sakit perut lama, tu bukan rahim tak kuat, tapi kemungkinan kerana infection. Infection daripada apa? Tak dapat dipastikan.. Jadi saya terfikir, adakah kerana endometriosis yang doctor pernah suspect ke atas saya sebelum ni? Ye doctor sakit puan yang saya selalu pergi tu pernah suspect saya mempunyai endometriosis sebelum saya berjaya hamil lagi. Saya ada post pasal ni, boleh refer sini "
TTC: TVS untuk Telur Matang"
Jadi adakah pendarahan ketika mengandung adalah normal? Jawapannya, tidak! Tidak normal sekiranya ada pendarahan ketika mengandung, sekiranya terdapat sebarang pendarahan, sila lah berjumpa doctor pakar dengan kadar yang segera. Sekiranya masih tidak dapat diselesaikan, cuba la untuk mendapatkan rawatan atau pandangan daripada doctor pakar yang lain.
Dan adakah setiap yang mengalami pendarahan ketika mengandung akan mengalami atau berakhir dengan keguguran? Jawapannya juga tidak. Tak semua pesakit yang mengalami pendarahan akan berakhir dengan keguguran, masih ada yang berjaya diselamatkan, bahkan bayinya selamat dilahirkan dengan sihat walafiat. Jadi bersedialah, dapatkan nasihat doctor, dapatkan information atau tambah pengetahuan anda berkaitan masalah itu dengan pembacaan (buku, internet, forum). Berusaha dan bertawakal lah. Tapi sekiranya tidak dapat diselamatkan, Redha la dengan "Qada' dan Qadar", sesungguhnya Allah itu adalah sebaik-baik perancanganNya.