Ok semua tau pasal aku ni seorang budak DEMOX! ye sangat Gemokkkkkk.. tak caya? Berat aku tak mau bagi tau.. Tapi aku ni rendang je orangnya.. Tinggi pun tak mau bagi tau. So berat yang over dah terus jadi obes untuk aku. Memang obes pun kalau BMI dah 33.8. Erkkkk! pengakuan ngeri.
Kenapa aku cakap Diet First Time Berkesan? Bukan sebelum ni tak berkesan, berkesan juga, tapi lambat sangat. Tu pun dengan bantuan product, product kurus tu.. beratus-ratus ko aku habis.. hasilnya ciput je penurunan pastu makan tahun. Alhamdulillah, diet kali ni, dari awal October 2014 sehingga awal Mac 2015 iaitu 5bulan, aku berjaya turunkan 20kg. Dapat juga bmi normal 24.9.
Ok kali ni aku clean diet tanpa product pelansingan yang mengarut-ngarut tu.. Aku diet guna product semulajadi. Then aku kawal makanan sungguh-sungguh. Tiap hujung minggu sabtu ahad aku pasti akan exercise and workout.
Meh aku story dulu part Exercise dan Workout ni. Ni giler punya exercise, Aku akan berjalan laju around 9km turun naik bukit and tangga selama 2 jam tanpa henti. Faham tak? Make sure tempat yang ko pergi exercise tu adalah Berbukit dan mesti ada Tangga at least 100 steps. So total perjalanan mestilah 2 jam setiap hari minggu tu. Disebabkan tempat aku round tu cuma 3km je, then dalam 40 minit je settle, aku buat la sampai 3 round. Rasa nak pengsan/pitam/muntah? Memang ada!! tapi ko kena paksa juga badan untuk teruskan.. Nak kurus kan? Unless ko rasa dah nak mati, so boleh ler stop.. Kekeke.. Gurau je, ikut ketahanan badan okey. Over-over sangat karang, terus pitam, tak de sapa pulak yang larat nak angkat badan yang dempol-dempol macam daku ni karang.. Untuk dapatkan tone/shape badan fix/mantap/tegang, haruskan bina otot. kalau yang perempuan tu, tak payah la over sangat angkat besi, karang jadi muscle macam abam Aron Aziz, dah tak de lelaki nak datang dekat pulak. Buat simple je, tapi tak de la sesimple yang disangka. hehe. Macam aku buat:
1: Jillian Michaels 30 Day Shred: Level 1
2: Jillian Michaels: 30 Day Shred Workout- Level 2
Korang boleh cari kat Utube videonya.. total dalam sejam untuk kedua2 level. Aku belum masuk level 3 lagi.. Yang Jillian Workout ni aku buat time hari biasa, bila balik kerja aku rajin, aku buat la kat rumah sorang2, selalunya aku selang buat hari Isnin/Rabu/Jumaat. kalau nak lagi cepat, buat la hari2 ye..
Ok bab pemakanan pulak, moh aku cerita menu harian aku.. Korang akan rasa kembang tekak kalau hari-hari hadap makanan yang sama.. Serius tau tapi NAK KURUS KAN??? so hadap je la ye.. Dah berpuluh tahun makan sedap, ternak lelemak, takkan la just setahun Strict Diet/Clean Diet pun tak mampu. Kan... hehe. Ok menu aku macam bawah ni.
Sarapan : Hanya Sebiji Telur Ayam Kampung (Goreng/Mata Kerbau/Hancok/Dadar/Rebus)
Tengah Hari: Ikan 2-4 ekor ikut size / Ayam 2-3 ketul (Goreng/Bakar) + Sayur Sawi semangkuk kecik
Petang : Ikan seekor/Ayam seketul + Telur seketul + sayur sawi sikit
Malam : Kudapan Almond + Yogurt Nestle Original + Beri/Anggur
Air: 3L sehari. Air sejuk kosong / Air rasa air Kelapa (Stevia+CMD)
Itu sahaja ye makanan aku.. Untuk makanan tambahan/suppliment, aku ambik Vitamin C, Multivitamin, Mineral CMD dan Gula Stevia. Aku tau manusia dengan manis-manis memang tak leh dipisahkan kan? Nasib ada Gula Stevia, gula semulajadi dari pokok daun Stevia. Memang takkan menggemokkan dan baik untuk kesihatan. Yang ada kencing manis paling sesuai ganti gula anda kepada gula ni ye.. Ha sebab aku punye makanan tak de serat, aku ambik CMD ni lah untuk melancarkan pelawasan. Dengan untuk toxin sekali fungsinya. Memang terus laju and lancar je membuang sambil memerut. Kekeke
Since aku pun TTC, so aku akan stop exercise/workout setiap 2ww, tak faham?means selepas anggaran waktu subur ke hari period seterusnya, aku akan stop exercise seketika selama 2 minggu tu. tapi strict diet makan still teruskan. Jadi penurunan aku tak la semeriah orang lain.. Lagi pulak tiap hujung minggu pasti ada minggu yang terpaksa balik kampung, terpaksa pergi kenduri, so terpaksa la jamah sikit lauk2 lain selain yang aku tempek atas tu. Tapi aku still sukat idak la bedal macam orang tak makan setahun kan. Tapi ianya still mengganggu/melambatkan penurunan berbanding orang yang betul-betul follow/clean diet without cheat. Cheat means makan makanan selain yang aku letak kat atas tu.
Aku punya gambar?? Jeng Jeng Jeng.. Bawah ni badan aku selepas turun 20kg.. ngeeee
Ok bawah ni contact number kalau nak dapatkan CMD/Stevia. Aku dulu tercari-cari gak mana nak beli. Then aku beli dengan Bro bawah ni,
http://masyghulonline.blogspot.com/ **promote sikit, mane tau leh dapat free ke sebab tolong promote. heheh :p Tapi jangan lupa, cakap PiscesZa yang promote sini.. Hahaha. Pastu dia bagi tau, kalau nak air sedap, sesedap air Kelapa, boleh try campurkan Stevia tu dengan Mineral CMD. Aku pun pelik, mineral CMD tu apa? Rupanya suppliment kesihatan juga macam multivitamin tu.. Tapi sebab aku nak tekak ni rasa air Kelapa kan.. so aku beli la Mineral CMD tu termasuk Gula Stevia... Serius betul macam rasa air kelapa weii!! Baru la heaven hidup aku, idak teguk air kosong je la hari-hari.. Kalau nak detail, leh contact dia terus ye.. Amirul - 012-6041896.
assalamualaikum...
ReplyDeleteboleh share citer ni dlm my fb?
testimoni cmd.. (y)
produk the best buat masa ini...
W'salam.. aishhhh lambat betul saya reply komen... sorry.. huhu.. boleh je kalau nak share, tapi link kan ke blog saya ni ye. :)
Deletetengah plan nak kurus juga..huhuh..mengembang sgt dah nih
ReplyDeleteblogwalking here
Jemput singgah ke blog sy nanti :KLINIK KESIHATAN PUSPANITA PUTRAJAYA
apa lagi awak, moh sama2 kita mendietkan diri.. hehe.. ok insyaAllah saya singgah blog awak ye. :)
DeleteAssalamualaikum..hai kak.macam mana dah ttc? dlm banyak-banyak blog saya baca, blog akak yg bagi jawapan pada soalan saya. Tq tq. Sy pun tengah ttc.
ReplyDeleteW'salam, akak masih lagi ttc la dik.. bulan lepas iui tapi tak berjaya :( sedeyy.. tapi perjuangan masih diteruskan. apa soalan adik yang kat blog akak terjawap ni? hehe
Deletesalam kak..akak keje ape..akak pakai insuran company akak ke buat test semua ni..? sy pun nak try jgk tp x sure la company ade cover ke x utk buat checkup mcm ni.
ReplyDeleteWowww...akhirnya berjaya yer mendapat berat ideal..alhamdullilah bukan senang tu nak melawan nafsu mmakan dan terus istiqamah buat exercise....
ReplyDeleteOvarian Cyst ketika hamil??? Berbahaya ke pada ibu dan bayi dalam kandungan??