Thursday, October 11, 2012

Berurut Peranakan

Ok nak cite ni, malam tadi gi berurut.. Mak oi, sakit giler.. huhu.. actually bulan lepas dah urut dah. Masa tu hari ke-14 period. Pastu Cik Yah (tukang urut ni lah) cakap nanti datang lagi hari ke-2 period. Masa first urut tu, dia kata peranakan rendah.. so dia tolak dari pangkal V ke atas.. First dia tolak, macam tak rasa apa2 perubahan, pastu dia tolak lagi sekali.. waaahhhh sakitnya T_T tapi kena la tahan jugak.. takkan nak meraung bagai kan.. ishhh malulah. kena control sikit. hehe.

Kalau nak tanya berapa cost untuk berurut, actually seikhlas hati. tapi biasanya kalau kite yang pergi rumah orang tu, just rm30 je. tapi sebab zaman sekarang ni macam2 nak kena guna duit, rasanya dah tak sesuai kot rm30 tu, so aku pun bagi la extra. bukan nak menunjuk ke apa, tapi seikhlas hati. Mesti ada orang cakap, kata ikhlas, tapi bagi tau bayar lebih.. Tak de la begitu, aku post ni pun sebab nak bagi info kat pembaca yang nak tau.. 

Cik Yah cakap, peranakan tak leh rendah sangat atau tak leh tinggi sangat. Ok la Alhamdulillah dah diurut lagi sekali. Then Cik Yah cakap, tengok dalam 3 bulan ni macam mane. Harap2 membuahkan hasil la kan. Dah hampir 10bulan ni kawen.. Pastu Cik Yah pesan, kurangkan sikit berat badan.. Hrmmm.. ni masalah sikit ni.. Dulu aku selalu skipping, bangkit tubi dan turun naik tangga, tapi sebab nak baby, aku stop semua ni sebab takut effect kat peranakan.. Ha sekali dia punye kesan dah tak beraktiviti, badan pun naik bambam macam belon nak meletop. hikhikhik. Tunggu la result dalam 3 bulan ni.

Harap2 adalah razeki nanti. Sama2 doakan saya yee :)

15 comments:

  1. InsyaAllah ada nanti rejekinya tu..

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. tu la kan.. tak leh stop berusaha.. org lain ada yg sampai 4tahun.. saya baru je nak masuk setahun.. insyaAllah after dpt bonus nak gi checkup lak dgn pakar sakit puan.. doakan saya ye :)

      Delete
  3. Selain usaha bermacam2 ni jgn lupa pada yg Maha Kuasa.Dia yg tentukan segalanya...panjat kan doa setiap waktu 5 kali sehari..buat solat hajat..buat solat sunat..buat amalan bersedekah...insyaAllah...tu jalan terbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks.. insyaAllah. setiap kali solat, pasti berdoa pada yg Esa.. :)

      Delete
  4. sabar.. berusaha dan tawakal..
    ada kawan 10 tahun kawin tak dapat anak sekali tuhan bagi kau kembar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lamanya 10tahun.. dah pencen dah tu T_T

      Delete
    2. Dia kawen muda kot.. tak tanya plak umur dia hehe..
      tapi sonok la lama tunggu..

      Ada kawan badan agak gempal tapi takda la nampak gemuk sangat dia pi diet baru dapat mengandung.. tak tau la apa rasionalnya mungkin ada lemak yang menghalang sperm & ovum bertemu hehe.. :D

      Apapon usaha tangga kejayaan.. :) selamat berusaha..
      Isnya'Allah dia maha pengasih dan peyayang dan ada hikmah untuk segala ketentuanNya.

      wallahualam.


      Delete
    3. tu la.. dah gemok dah ni.. nak diet manjang je malas.. nak diet nak diet nak diet.. tp mmg gemok pun salah satu penyebab susah hamil

      Delete
  5. Muda lagi kan berusaha lagi dan lagi jangan lupa berdoa sentiasa :D

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. assalam.. nak tanya. waktu paling elok utk berurut peranakan ni sebelum period atau semasa period atau selepas period ya? TK.:)

    ReplyDelete